• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.2 Juta Menunggang Motosikal Tanpa Lesen

oleh Ahmad Albab
09/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan menganggarkan sebanyak 1.2 juta penunggang motosikal di negara ini tidak memiliki lesen, kata Timbalan Menterinya Datuk Ab Aziz Kaprawi .

Beliau berkata anggaran itu adalah berdasarkan andaian penunggang motosikal tanpa lesen adalah antara lapan hingga 10 peratus daripada 15 juta penduduk yang layak memiliki lesen.

“Mengikut data, hanya 7.6 juta penduduk yang mempunyai lesen motosikal dan ini bermakna lebih kurang 50 peratus mereka yang berusia 16 tahun ke atas memiliki lesen itu,” katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Johari bertanya mengenai jumlah motosikal yang berdaftar, penunggang tidak berlesen dan sistem pengambilan lesen yang beliau dakwa sebagai menyusahkan serta kos yang tinggi menjadi punca penunggang tidak mahu mengambil lesen.

Ab Aziz berkata berdasarkan rekod pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sehingga 31 Dis tahun lalu sebanyak 12,089,747 buah motosikal didaftarkan.

Beliau berkata kerajaan amat menitikberat isu-isu berhubung keselamatan jalan raya termasuk aspek prosedur pelesenan pemandu.

Katanya berdasarkan kawalan harga siling yang ditetapkan, kos pengambilan lesen bukanlah faktor utama golongan remaja terutama pelajar menunggang tanpa lesen.

Sebaliknya menurut Ab Aziz, ia lebih kepada sikap dan kurangnya tahap kesedaran mereka tentang bahaya menunggang tanpa lesen dan kepentingan keselamatan diri semasa di jalan raya yang perlu ditangani melalui program advokasi dan penguatkuasaan yang lebih berkesan. – BERNAMA

Tags: Lesen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd