• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Veteran UMNO, Aziz Tapa Meninggal Dunia

oleh
04/10/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa meninggal dunia di Hospital Putra di sini pada pukul 11.55 pagi Selasa, menurut laporan agensi berita rasmi Bernama.

Anak Allahyarham, Amir Hamzah berkata bahawa doktor masih melakukan pemeriksaan bagi menentukan punca Abdul Aziz menghembuskan nafas yang terakhir dalam usia 93 tahun.

“Allahyarham akan dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Rim, Jasin setelah proses di hospital ini (Hospital Putra) selesai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Aziz Tapa pernah dianugerahi Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016 sempena majlis sambutan Hari UMNO ke-70 Tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pada 12 Mei lalu.

Anugerah khas itu yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO sebagai menghargai sumbangan Abdul Aziz kepada negara dan parti.

“Saya berharap UMNO akan terus berjuang memimpin bangsa untuk tahun-tahun akan datang,” katanya ringkas sambil tidak menyangka menerima anugerah itu dan merakamkan ucapan terima kasih kepada UMNO.

Veteran UMNO, Aziz Tapa Meninggal Dunia

Abdul Aziz berasal dari Kampung Rim merupakan ahli UMNO yang aktif pada era 1970-an dan 1980-an malahan pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya anggota Dewan Negara (1975-1977).

Allahyarham turut pernah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka (1978-1982) dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Nyalas (1978-1982).

Dilahirkan pada 13 Jun 1923, beliau memulakan kerjaya sebagai askar sukarela Rejimen Polis Kem Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1940 sebelum menjadi guru antara tahun 1945 hingga 1974.

Jawatan terakhir allahyarham ialah sebagai guru besar di Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah, Melaka,  Penglibatannya dalam politik pula bermula seawal sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Allahyarham menyertai Persatuan Melayu Semenanjung Johor cawangan Melaka, sebuah gerakan anti-Malayan Union diketuai Datuk Onn Jaafar pada 1946 dan kemudian menganggotai UMNO selepas parti itu ditubuhkan.

Beliau memegang beberapa jawatan antaranya Bendahari UMNO cawangan Merlimau (1955), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin (1974), Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin (1978), Bendahari Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka (1978-1986).

Selain politik, allahyarham pernah memegang beberapa jawatan lain antaranya Ahli Majlis Penasihat Kebudayaan Kebangsaan (1972-1996), Ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara (1976-1988), Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1978) dan Ahli Lembaga Pengarah Majlis Amanah Rakyat (1975-1977).

Abdul Aziz yang mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Maznah Lasim dan dikurniakan sembilan anak sebelum ini pernah menerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan/Negeri Melaka pada 1986, Anugerah Tokoh Budaya Negeri Melaka (2003) dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427H Negeri Melaka (2006).  – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Bunuh, Kerat Bayi Sendiri

Next Post

2 Anggota Tentera Darat Hilang Terjatuh Dalam Laut

Related Posts

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

23/06/2025
0

SHAH ALAM: Semua UMNO Bahagian berhak menyuarakan usul dan pandangan masing-masing termasuk berhubung penarikan semula penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin...

Next Post

2 Anggota Tentera Darat Hilang Terjatuh Dalam Laut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd