• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBHD Bangun Projek Perumahan Penjawat Awam Di Putrajaya

oleh Ahmad Albab
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Damansara Realty (Johor) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Damansara Realty Bhd (DBhd) akan membangunkan projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Putrajaya.

Damansara Realty (Johor) hari ini memterai perjanjian dengan Putrajaya Corporation (PJC) bagi usaha niaga itu yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM467.3 juta.

Projek tersebut yang merangkumi kawasan seluas 4.82 hektar terdiri daripada 1,350 unit kediaman dan 45 unit komersial di Presinct 5 dan dijangka siap pada akhir 2019, kata DBhd dalam satu kenyataan.

Ia juga berkata hasil daripada projek PPA1M akan diambil kira dalam tahun kewangan semasa yang berakhir 31 Dis, 2016, dan dijangka meningkat dengan ketara dalam tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DBhd, Brian Iskandar Zulkarim berkata syarikat itu yakin dengan kadar pembelian yang tinggi memandangkan lokasi strategik projek tersebut.

“Faktor pengurangan risiko adalah apa yang dipersetujui PJC untuk membeli mana-mana baki unit yang tidak terjual selepas tempoh tertentu.

“Projek ini akan memainkan peranan penting dalam usaha Damansara Realty untuk merancakkan perniagaan pembangunan hartanahnya di pelbagai kawasan di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemajuPPA1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemaju Akan Naik Harga Untuk Tarik Warga Asing

12/10/2019
0

PETALING JAYA - Kumpulan mewakili pembeli rumah hari ini memberi amaran kemungkinan pemaju menaikkan harga bagi menarik pembeli asing susulan...

Pemaju Jual Rumah Besar-Besaran Kepada Warga Hong Kong

22/08/2019
0

PETALING JAYA - Semakin ramai pembeli hartanah yang kaya dari Hong Kong melihat Malaysia sebagai destinasi rumah kedua mereka sewaktu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd