• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Sedia Guaman Keluarga Mangsa Nahas Go-Kart

oleh Ahmad Albab
01/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – UMNO Bahagian Indera Mahkota akan menyediakan khidmat nasihat guaman kepada keluarga mangsa nahas go-kart di Jalan Sukpa di Indera Mahkota di sini pada Ahad lepas sekiranya diperlukan keluarga berkenaan.

Timbalan Ketuanya Datuk Mazlan Mat Rashid berkata waris mangsa, Siti Suhaiza Seman, 38, mempunyai hak untuk menuntut keadilan menerusi undang-undang.

“Mungkin selepas keadaan beliau (Siti Suhaiza) kembali stabil, beliau mahukan nasihat dari segi kriteria perundangan, kita ada peguam yang boleh membantu memberikan pandangan,” katanya.

Mazlan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pencarian bakat bola sepak bagi pelajar sekolah berumur 11 hingga 14 tahun iaitu ‘Million Dollar Feet-It Could Be You!’ di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, di sini hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, suami Siti Suhaiza, Izwan Isa, 39, dan anak perempuan mereka Nur Zulaikha, 5, maut manakala Siti Suhaiza dan anak mereka Muhammad Izz Daniel, 7, cedera setelah dirempuh kenderaan itu semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016.

Mazlan berkata setakat ini UMNO bahagian itu telah membantu keluarga mangsa daria segi bantuan kewangan di samping memberikan sokongan moral untuk menenangkan emosi keluarga. – BERNAMA

Tags: Go-KartUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Boikot Pengebumian Bekas Presiden Rejim Israel

Next Post

Tangan Sangkut Dalam Tandas Dek Gigi Palsu Terjatuh

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Tangan Sangkut Dalam Tandas Dek Gigi Palsu Terjatuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd