• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kelantan Perjelas Isu Semasa Kepada Belia

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – UMNO Kelantan akan turun ke peringkat akar umbi dan memberi penerangan kepada masyarakat terutama golongan belia bagi menangkis persepsi negatif yang ditimbulkan pembangkang terhadap parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata golongan belia dilihat tidak mendapat maklumat mencukupi berkaitan aspirasi kerajaan menyebabkan mereka mudah mempercayai maklumat tidak benar yang tersebar terutama di laman media sosial.

“Ada perkara-perkara yang tidak difahami mereka (golongan muda). Kita akan beri penjelasan apabila bersama mereka dan jelas bahawa mereka disuap dengan maklumat yang tidak tepat.

“(Ini berikutan) mereka mengikuti portal berita yang prejudis terhadap UMNO. Kita akan lancarkan usaha (penerangan) di universiti dan negeri untuk mendekati (dan memberi penerangan kepada) rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen UMNO Kelantan di sini, hari ini.

Konvensyen yang dihadiri kira-kira 2,500 anggota UMNO di peringkat akar umbi itu turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengulas mengenai hubungan antara UMNO dan PAS, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kerjasama yang dijalin dengan kerajaan Kelantan hanya berkaitan kepentingan rakyat semata-mata.

“Di Kelantan kita akan terus mendedahkan kelemahan-kelemahan pentadbiran (kerajaan negeri) kerana kita ingin lihat Kelantan ditadbir dengan lebih cekap dan lebih baik. Kita nak supaya isu rakyat sama ada kemudahan awam ataupun air dan lain-lainnya dapat dibela dan kita akan terus menyatakan pandangan kita dengan terbuka,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNO Kelantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Air Pasang Besar: Penduduk Kota Kuala Muda Bersiap Sedia

Next Post

Rakyat Sokong SPRM Bongkar Rasuah Di Sabah – Salleh

Related Posts

Zawawi Lepas Jawatan Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd

01/04/2021
0

PASIR PUTEH - Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman secara rasminya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd,...

RM32,962.87 Disita Daripada UMNO Kelantan Jadi Milik Kerajaan

24/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Wang berjumlah RM32,962.87 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Next Post

Rakyat Sokong SPRM Bongkar Rasuah Di Sabah - Salleh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd