• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UM Jelas Sebab Keluar Surat Tunjuk Sebab

oleh AK-47
20/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada empat orang pelajarnya bukan kerana mahu menyekat hak kebebasan mahasiswa, sebaliknya kerana mereka disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UM, Prof Datuk Dr. Rohana Yusof berkata, empat pelajar terbabit, Anis Syafiqah Md Yusof; Muhamad Luqman Hakim Mohd Fazli; Suhail Wan Azhar; dan Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali disiasat polis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Kertas siasatan telah dibuka terhadap mereka di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 124b dan Seksyen 505 b Kanun Keseksaan (KK).

“Menurut laporan PDRM, mereka terlibat dalam perhimpunan #Tangkap Malaysian Official 1 (#Tangkap MO1) pada 27 Ogos lalu yang tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rohana berkata, perhimpunan itu menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) kerana setiap permohonan hendaklah disertakan bersama-sama dengan kebenaran tuan punya tempat.

Kata beliau, mengikut Kaedah 3(a)(i) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999, mereka didapati telah menjalankan urusan di luar kampus dalam cara yang merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik universiti itu.

Justeru, katanya, surat tunjuk sebab telah dikeluarkan terhadap mereka untuk menjustifikasi tindakan yang telah dibuat oleh pelajar terbabit. -MYNEWSHUB.CC

Tags: SURATUM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

04/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu aduan serangan sekumpulan anjing liar ke atas seekor kucing yang berlaku di Universiti Malaya (UM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd