• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntut Ganti Rugi, Lelaki Amuk Dalam Kedai Apple

oleh AK-47
01/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Seorang pelanggan Perancis dirakam mengamuk dalam sebuah kedai rangkaian telefon pintar jenama Apple di pusat beli- belah Toison d’Or di Dijon.

Suspek lelaki memakai sweater berwarna maroon dilihat memasuki kedai itu, sebelum bertindak mengambil beberapa telefon yang dipamerkan di atas kaunter dan memecahkannya menggunakan bola besi atau petanque.

Rakaman video berdurasi 1 minit 30 saat itu secara kebetulan berjaya dirakamkan oleh salah seorang pengunjung di kedai berkenaan.

Malah suspek yang tidak didedahkan identitinya itu juga dilihat membebel dalam bahasa Perancis apabila ditegur oleh salah seorang kakitangan kedai berkenaan.

Tuntut Ganti Rugi, Lelaki Mengamuk Dalam Kedai Apple

Tuntut Ganti Rugi, Lelaki Mengamuk Dalam Kedai Apple

Menerusi rakaman yang tersebar, sebanyak 13 buah telefon pintar dan sebuah Notebook dari jenama Apple telah sempat dijahanamkan oleh suspek.

Menurut laman berita Metro UK, suspek tidak berpuas hati dengan layanan pihak Apple kerana tidak mahu membayar semula ganti rugi kepadanya.

“Apple merupakan sebuah syarikat yang melanggar hak asasi pengguna rakyat Eropah.

“Mereka enggan membayar balik kepada saya, saya beritahu mereka, “Pulangkan duit saya”.

“Mereka kata tidak. Jadi, anda tahu apa yang berlaku? Ini yang berlaku!” jelasnya.

Suspek kemudiannya dibawa keluar oleh pengawal keselamatan dari premis berkenaan dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, kedai Apple berkenaan terpaksa menanggung kerugian AS$13,000 (RM53,618.50) atas tindakan baran suspek.

Manakala pihak Apple pula enggan mengulas lanjut tentang kejadian itu dan akan  bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis. – MYNEWSHUB.CC

Tags: amukapplePerancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd