• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tulang, Rambut Dalam Perut Buaya

oleh Ahmad Albab
11/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMARAHAN – Perut buaya jantan yang dibelah selepas ditangkap di Sungai Samarahan berdekatan Kampung Pinang, di sini, pagi kelmarin mengandungi tulang dan rambut yang belum dapat dipastikan sama ada ia milik manusia atau haiwan.

Sang bedal seberat 600 kilogram dan sepanjang 4.4 meter itu ditangkap petugas Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) kira-kira jam 10 pagi ketika operasi pemburuan haiwan itu diteruskan.

Jurucakap SFC berkata, reptilia berkenaan ditangkap di sungai berkenaan kira-kira lapan kilometer dari lokasi seorang lelaki dilaporkan hilang bulan lalu.

Menurutnya, sebaik ditangkap, buaya itu dibawa ke tebing sungai sebelum perutnya dibelah, sekali gus membawa kepada penemuan itu.

“Namun masih belum dapat dipastikan sama ada tulang dan rambut itu milik manusia atau haiwan, justeru SFC perlu menyerahkannya kepada forensik untuk diuji di makmal bagi mendapatkan kesahihan statusnya.

“Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar yang digerakkan SFC menggunakan peralatan menangkap buaya yang menggunakan 13 cangkuk dalam operasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jurucakap itu berkata, operasi pemburuan buaya di Sungai Samarahan itu akan diteruskan kerana masih terdapat buaya dengan saiz yang besar dan berbahaya kepada manusia.

Katanya, pemantauan berterusan juga akan dijalankan SFC di sungai berkenaan dalam usaha untuk mengurangkan kebimbangan penduduk terhadap serangan reptilia berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dua lelaki dipercayai dibaham buaya dengan sebahagian daripada tubuh seorang mangsa ditemui manakala seorang lagi gagal dikesan sehingga kini. – myMetro Online

Tags: Buayasarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd