• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Mahu Suruhanjaya Siasatan Ditubuhkan

oleh AK-47
27/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci kejadian kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) hari ini yang mengorbankan enam nyawa.

“Hasil siasatan itu kemudiannya akan digunakan sebagai panduan kepada semua hospital di negara ini terutama bagi hospital yang perlu diubah suai atau dinaik taraf,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kebakaran dan menziarahi anggota keluarga mangsa.

Beliau menyentuh kepentingan aspek penyelenggaran termasuk sistem pendawaian dan keperluan menaik taraf struktur bangunan di hospital bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Beliau menarik perhatian bahawa satu lagi perkara yang perlu diberi tumpuan ialah jalan-jalan menuju ke hospital.

Ahmad Zahid berharap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dapat membentangkan satu laporan penuh dalam mesyuarat Kabinet minggu hadapan.

Timbalan perdana menteri memuji usaha barisan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertindak segera membantu mangsa, pesakit dan orang ramai di HSA.

“Kami di kerajaan pusat akan membantu sebaik boleh yang kita mampu lakukan. Diharapkan pada mesyuarat Kabinet minggu depan Datuk Seri S. Subramaniam akan dapat membentangkan (laporan penuh) supaya tindakan susulan dapat dibuat segera.”

Ahmad Zahid turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan kakitangan di HSA yang mengambil tindakan awal menyelamatkan mangsa dan memindahkan pesakit-pesakit ke tempat selamat.

Bagi memastikan HSA kembali beroperasi secara normal, tindakan segera jangka pendek yang akan diambil adalah menyediakan kemudahan ICU di satu lokasi hospital itu yang lengkap dengan peralatan secukupnya.

Bagi langkah jangka panjang, segala sistem pendawaian di HSA akan diperbaiki dan pembelian peralatan baharu ICU dilakukan dengan kadar segera.

“Saya sendiri akan bincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk sediakan peruntukan khusus bagi penyediaan jangka panjang di ICU hospital ini.

“Satu ‘forensic accounting’ dan ‘management accounting’ akan dilakukan bagi meneliti sama ada wujud kelemahan dari segi pengurusan hospital,” katanya.

Ahmad Zahid berkata dalam jangka masa panjang, adalah wajar bagi hospital lama seperti HSA bukan sahaja dipindahkan ke bangunan baharu tetapi juga memperoleh peralatan baharu bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku di tempat sama.

“Saya tidak mahu ‘sudah terantuk, baru tengadah’. Saya yakin Menteri Kesihatan sendiri akan bawa perkara ini kepada Jemaah Menteri untuk tindakan segera dilakukan dan peruntukan dapat diwujudkan bagi melaksanakan perancangan sederhana dan panjang,” kata beliau.

Menjawab soalan sama ada khidmat penyedia perkhidmatan kemudahan hospital akan dikaji semula berikutan kebakaran itu, Ahmad Zahid berkata mereka tertakluk kepada perjanjian antara syarikat konsesi berkenaan dan Kementerian Kesihatan.

“Saya yakin penasihat undang-undang kementerian (Kesihatan) dan pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara akan memberikan nasihat kepada kementerian dan saya sendiri, Insya-Allah jika diminta, akan melakukan penyelarasan bagi mengambil tindakan khas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hospital Sultanah AminahHSAkebakaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kebakaran Dipercayai Bermula Di Bilik Rawatan Di ICU HSA

Next Post

Bapa Tidak Sangka Hari Lahir Anak Dirundung Malang

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

Bapa Tidak Sangka Hari Lahir Anak Dirundung Malang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd