• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keistimewaan Untuk KJ Dalam Skuad Polo Sukan Sea

oleh AK-47
24/10/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Tiada keistimewaan diberikan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang telah disenarai pendek dalam pemilihan untuk skuad polo kebangsaan bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pemilihan atlet adalah berdasarkan merit dan semua yang terlibat akan melalui proses saringan sebelum keputusan akhir dimuktamadkan.

“Mereka perlu melalui saringan dan menjalani latihan mengikut fasa yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN). Tiada keistimewaan (kepada Khairy) kerana kita mahukan pasukan yang mantap,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Norza ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini.

Pada istiadat yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu, Mohamad Norza dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mohamad Norza berkata jika terpilih, beliau berharap Khairy bersama pemain lain akan berlatih bersungguh-sungguh bagi mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada kali terakhir acara itu dipertandingkan di Sukan SEA Korat, Thailand pada 2007.

“Kita menang emas pada Sukan SEA Korat dan sebagai tuan rumah 2017, kita mewujudkan semula acara polo. Saya percaya Malaysia sebagai antara pasukan polo terkuat di Asia Tenggara dapat mempertahankan kejuaraan itu.

“Saya harap Khairy dan atlet lain yang terpilih akan berlatih bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik untuk merealisasikan hasrat ini. Keputusan muktamad senarai atlet hanya akan diketahui tiga atau empat bulan sebelum temasya sukan itu bermula,” katanya.

Khairy merupakan antara 12 pemain yang disenarai pendek Persatuan Polo Diraja Malaysia untuk beraksi dalam Sukan SEA tahun hadapan, bersama sebahagian besar pemain profesional yang pernah beraksi di Sukan SEA Korat.

Jika terpilih untuk ke Sukan SEA yang akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan, Khairy akan mencipta sejarah sebagai menteri pertama menyertai temasya itu. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harap Hubungan Malaysia-Thailand Terus Dipertingkat

Next Post

Jabatan Kesihatan Tubuh J/Kuasa Siasat Kes Belon Meletup

Related Posts

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

25/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan petang atau malam ini yang dilaporkan bagi membincangkan status keahlian...

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

12/01/2023
0

PAU 2022 | Hanya kira-kira tiga jam selepas menganggap langkah mengehadkan pertandingan dalam Umno sebagai suatu "kegilaan" yang mesti dihalang,...

Next Post

Jabatan Kesihatan Tubuh J/Kuasa Siasat Kes Belon Meletup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd