• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telco Jual Kad Sim Prabayar Tak Ikut SOP Berdepan Tindakan

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Syarikat telekomunikasi (telco) tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya membenarkan ejen-ejen mereka menjual kad sim prabayar tanpa meminta pembeli mengemukakan kad pengenalan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata sebagai pihak yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semua syarikat telco wajib mematuhi syarat atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu perlu mendapatkan salinan kad pengenalan daripada pembeli sebelum sesuatu urus niaga dijalankan.

“Jika peniaga atau ejen sebuah syarikat telco didapati menjual kad prabayar tanpa pembeli perlu mengemukakan kad pengenalan, tindakan pasti akan diambil, bukan kepada ejen tetapi ke atas syarikat telekomunikasi berkenaan.

“Ini kerana mereka yang dilesenkan apabila terdapat ketidakpatuhan oleh mana-mana peniaga di bawah mereka, syarikat terbabit sebagai pemegang lesen akan dikenakan tindakan seperti dikompaun,” katanya mengulas mengenai dakwaan adanya sindiket yang menjalankan operasi itu untuk mendapatkan keuntungan ‘atas angin’.

Bercakap kepada pemberita selepas menyertai larian sejauh lima kilometer sempena sambutan Hari Standard Sedunia di sini, hari ini, Jailani berkata semua syarikat telco telah diberi peringatan mengenai perkara itu dan kesannya jika membiarkan ejen-ejen mereka melanggar syarat atau SOP yang ditetapkan.

Beliau berkata setakat ini tiada syarikat telco yang dikenakan tindakan berhubung kesalahan itu tetapi SKMM sentiasa memantau dan membuat analisa ke atas aktiviti penjualan kad sim prabayar oleh ejen-ejen terbabit dan jika berlaku pelanggaran syarat, syarikat berkenaan akan dikompaun bermula RM10,000 sehingga RM1 juta.

Beliau berkata semua syarikat telco perlu lebih bertegas terhadap ejen-ejen mereka dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan ketika menjalankan operasi kerana penjualan kad sim prabayar tanpa salinan kad pengenalan boleh memberi kesan kepada aspek keselamatan negara dan kepentingan pengguna.

Sebagai syarikat telco yang ternama, mereka perlu menghindarkan syarikat daripada dikenakan kompaun kerana tindakan itu jika diambil tentunya akan memberi kesan kepada perniagaan selain menjejaskan imej syarikat.

Jailani berkata aktiviti penjualan kad sim prabayar masih belum berleluasa dan ia dapat dikekang selepas SKMM memperkenalkan syarat baharu iaitu ejen atau seseorang yang ingin menjual kad tersebut hanya boleh menjualnya kepada lima penama sahaja atas satu kad pengenalan.

Berbanding boleh menjualnya kepada 20 orang sebelum ini, peraturan baharu yang diperkenalkan bermula awal tahun ini itu dilihat sebagai usaha suruhanjaya itu mengekang aktiviti penyalahgunaan penjualan kad prabayar oleh ejen, katanya. – BERNAMA

Tags: prabayarTelco
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

05/02/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan...

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

30/06/2022
0

PUTRAJAYA : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat telekomunikasi (telco) akan mengambil kepentingan ekuiti dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd