• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taufan Sarika Tidak Akan Melanda Sabah

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Taufan Sarika yang dikesan 1,248 km ke timur laut Sandakan, Sabah pada pukul 8 malam Jumaat lalu tidak akan melanda Sabah, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata pencerapan pada 5 petang (15 Oktober), menunjukkan Taufan Sarika berada di Timur Filipina pada latitud 15.0 Utara, longitud 123.4 Timur sedang bergerak ke arah Barat-Barat Laut dengan kelajuan 15km sejam menuju ke arah Pulau Luzon.

“Kewujudan Taufan Sarika telah menyebabkan kejadian angin kencang dan laut bergelora di kawasan Utara perairan Selat Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Jumaat lalu (14 Oktober) dilaporkan bahawa angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam dan ombak setinggi 3.5meter dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Malaysia bermula 15 hingga 19 Oktober ini,” menurut kenyataan jabatan itu.

Kawasan yang terlibat adalah perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan).

Sementara itu, orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia www.met.gov.my, aplikasi telefon pintar: myCuaca, Facebook: malaysiamet, Twitter: @malaysiamet atau di talian 1300221MET(1638). – BERNAMA

Tags: SabahTaufan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd