• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambah Peruntukan Selenggara Bangunan Sekolah

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap kerajaan dapat menambah peruntukan bagi menyelenggara bangunan sekolah di seluruh negara dalam Bajet 2017 demi keselesaan dan keselamatan guru dan pelajar.

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata ini sangat penting kerana terdapat bangunan sekolah terjejas akibat faktor masa, misalnya yang memerlukan penyelenggaraan segera termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah, kami dapati terdapat bangunan sekolah lama perlu diselenggara terutama sistem pendawaian bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti kebakaran.

“Di Sabah dan Sarawak, melalui perbincangan dan tinjauan kami, banyak bangunan sekolah lama memerlukan penambahbaikan,” katanya kepada Bernama.

Kamarozaman berkata selain itu, ada sekolah terutama sekolah asrama harian dan asrama penuh yang menghadapi masalah bekalan air.

“Kami berpandangan walaupun kerajaan kini melaksanakan langkah penjimatan, namun dalam isu penyelenggaraan ia tidak boleh dikompromi.

“Ia memerlukan penyelesaian segera supaya tidak mengganggu gugat pelan pendidikan yang telah dirancang kementerian dan sesi pendidikan di sekolah,” kata Kamarozaman. – BERNAMA

Tags: NUTP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kerajaan meningkatkan Cuti Rehat Khas (CRK) guru daripada 10 kepada 14...

Bahayakan Guru, NUTP Bantah Saringan Covid-19 Di Sekolah

03/12/2021
0

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu yang bermula semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd