• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Tema Air Bukit Merah Disaran Guna Klorinator

oleh Ahmad Albab
03/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pihak pengurusan Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort disaran supaya menggunakan klorinator bagi menggantikan kaedah pengklorinan secara manual untuk mencegah jangkitan Rotavirus dan Gastroentritis Akut (AGE).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tempoh kontak air dengan klorin mesti mematuhi piawaian yang ditetapkan untuk mengelak jangkitan.

Katanya saranan tersebut dibuat Jabatan Kesihatan negeri Perak semasa lawatan dan pemeriksaan ke pusat rekreasi itu selepas beberapa kes Rotavirus dan AGE dilaporkan minggu ini.

Dr Noor Hisham berkata pihak pengurusan taman tema air itu juga dinasihatkan supaya melantik pemantau kualiti air yang berkelayakan dan jika tiada, pemantau sedia ada perlu diberi latihan secara berkala.

“Dicadangkan peralatan digital mudah alih (portable) digunakan dan parameter seperti baki klorin, pH, kekeruhan, potensi redox (tindak balas kimia) serta paras nitrate ditambah dalam pemantauan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau.

Menurut Dr Noor Hisham pihak pengurusan taman tema air itu juga diminta memastikan alat penapis di rumah pam resort berkenaan diselenggara mengikut jadual agar bakteria dan virus tidak terperangkap di dalamnya.

Mengenai tindakan kawalan yang dijalankan bersama antara jabatan terlibat dengan pihak pengurusan, Dr Hisham berkata kerja-kerja ‘flushing’ iaitu mencuci serta mengganti semula air dengan yang bersih dan selamat telah dilakukan.

“Kementerian akan terus memantau status kejadian serta pematuhan kualiti air dalam kolam sebelum ia boleh dibuka semula kepada orang ramai,” katanya.

Taman tema air itu ditutup selama 14 hari sejak Khamis lepas bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan selepas beberapa kes AGE dan Rotavirus dikesan dipercayai kerana mandi di pusat rekreasi tersebut.

Setakat semalam, 46 kes AGE direkodkan masing-masing 17 di Kedah dengan tiga daripadanya positif Rotavirus, Pulau Pinang (10 AGE, enam Rotavirus), manakala Perak 19 kes AGE.

Dr Noor Hisham menasihati orang ramai supaya tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala AGE seperti cirit-birit dan muntah-muntah ke kolam renang selain memastikan anak-anak kecil tidak memakai lampin pakai buang semasa mandi di kolam. – BERNAMA

Tags: Taman Tema
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Taman Tema Dibenar Operasi, Saringan Suhu Sekali Sahaja

29/06/2020
0

PUTRAJAYA - Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini mengumumkan lebih banyak kelonggaran termasuk membenarkan taman tema beroperasi,...

Tutup MAPS: Pelaburan RM500 Juta Hangus – Najib

28/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menempelak Menteri Besar Perak susulan penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd