• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Dapat Ikut, ‘Nama’ Kawan Dibawa Keliling Korea

oleh AK-47
25/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU dah nama kawan baik, pergi mana-mana pastinya mahu bersama-sama 24 jam, bagaikan belangkas, betul tak?

Begitulah  yang dirasai sekumpulan gadis yang sedih apabila salah seorang kawan baik mereka tidak dapat turut serta ketika melancong di Korea.

Mynewshub difahamkan, ketika ini mereka masih di negara berkenaan setelah terbang ke sana Jumaat lalu dan akan pulang dalam masa terdekat.

Dek kerana salah seorang rakan tidak dapat turut serta dalam perjalanan kali ini, timbul idea mereka untuk mengabadikan kenangan percutian dengan membawa sekeping kad yang tertera nama kawan baik mereka iaitu Zera.

Maka bermula la kisah di mana mereka merakamkan gambar nama Zera berlatarbelakangkan semua tempat yang di lawati mereka di negara Kimchi tersebut.

Tak Dapat Ikut, 'Nama' Kawan Dibawa Keliling Korea

Mereka kemudian mengirimkan gambar itu kepada Zera yang setia menunggu kepulangan di tanah air.

Tak Dapat Ikut, 'Nama' Kawan Dibawa Keliling Korea
Kawan-kawan Zera di Korea.

Walaupun usahanya nampak kecil, namun bagi Zera, dia berasa amat terharu dan bertuah kerana memiliki kawan-kawan yang sentiasa mengingati dirinya.

“Nak tumpang beg tak dapat. Dapat tumpang nama jadilah. Terharu bukan satu dia buat. Haahhh!! ko ambik. Subhanallah, cantiknya warna daun tu. Best sangat dapat kawan macam ni @yekezie,” tulisnya di laman Facebook.

Zera tidak dapat turut serta ke Korea kerana kekurangan bajet.

Mungkin di masa hadapan ada syarikat pelancongan yang hendak menaja Zera, kami di Mynewshub boleh menumpang sekaki!

Wah, apa pun friendship goal sangat kan? Mungkin anda boleh mencuba idea ini untuk rakan anda ketika melancong ke luar negara. Barulah sweet! – MYNEWSHUB.CC

Tags: KoreaMelancongpersahabatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

02/11/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan hanya seorang warga Malaysia yang cedera akibat insiden rempuhan susulan sambutan Halloween di Seoul, Korea Selatan,...

Korea Utara Letupkan Resort Korea Selatan

13/04/2022
0

PYONGYANG – Pyongyang meletupkan bahan letupan untuk memusnahkan sebuah resort golf di Gunung Kumgang yang sebelum ini menjadi simbol keamanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd