• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Wakaf Johor Fokus 3 Bidang Utama

oleh AK-47
30/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan melancarkan Tabung Wakaf Rakyat Johor yang bertujuan membantu tiga bidang utama yang diberi perhatian iaitu pendidikan, kesihatan dan ekonomi negeri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Mohd Rofiki Datuk Shamsudin, majlis pelancaran Tabung Wakaf Rakyat Johor itu akan dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Persidangan Wakaf Antarabangsa Johor yang berlangsung di Persada Johor, Johor Bahru, pada 7 dan 8 November ini.

“Tabung Wakaf Rakyat Johor ini akan memberi fokus kepada tiga bidang iaitu pertama, pendidikan seperti pembinaan sekolah tahfiz, sekolah agama serta bagi mana-mana anak Johor yang ingin melanjutkan pengajian tinggi.

“Kedua, bidang kesihatan seperti membina hospital wakaf, membantu pesakit dari segi rawatan serta ketiga, ekonomi negeri dengan membeli aset-aset seperti bangunan.

“Itulah antara tujuan Tabung Wakaf ditubuhkan dan ke mana dana terkumpul tabung ini akan pergi,”

“Tabung ini akan sentiasa dipantau oleh Majlis Fatwa dan tokoh-tokoh agama yang dilantik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tabung Wakaf Johor Fokus 3 Bidang Utama

MAIJ buat pertama kalinya juga menganjurkan Persidangan Wakaf Antarabangsa Johor 2016 (PWAJ 2016) pada 7 dan 8 November ini.

Persidangan ini mensasarkan penyertaan 500 peserta yang terdiri dari barisan ahli akademik dan profesional berkaitan tempatan dan luar negara.

Selama dua hari, peserta akan diberi kefahaman mengenai amalan wakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut dalam Islam selain memperkukuhkan peranan institusi wakaf dan agensi pelaksananya.

Persidangan bertaraf antarabangsa ini membariskan panel kehormat dari ahli profesional tempatan dan luar negara seperti Mesir, Kuwait, Turki, Indonesia dan Singapura.

Majlis perasmian persidangan akan dilangsungkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 7 November ini.

Antara topik yang dijangka menarik perhatian ialah Melestarikan Wakaf Tunai, Wakaf Tunai Memperkasakan Wakaf Hartanah di Malaysia dan Pelaburan Wakaf: Isu dan Cabaran.

Tabung Wakaf Johor Fokus 3 Bidang Utama
Penolong Pengarah Wakaf MAIJ, Ustaz Mustapahayuddin Abdul Khalim

Menurut Penolong Pengarah Wakaf MAIJ, Ustaz Mustapahayuddin Abdul Khalim, ahli panel dari luar negara juga akan berkongsikan pengalaman mereka mengenai pengurusan wakaf di negara masing-masing.

“Ahli-ahli panel dari luar negara akan berkongsikan kertas kerja serta pengalaman pengurusan wakaf di negara mereka bagi memberikan pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat negara ini.

“Selain itu, objektif lainnya ialah untuk memperkasakan lagi institusi wakaf di negara ini selain percambahan idea dan perkongsian pengalaman dengan negara-negara yang terlibat,” katanya.

Untuk sebarang info lanjut mengenai PWAJ 2016, boleh layari laman sesawang www.pwajohor.my atau hubungi talian 07-2221767. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Johorpersidangantabung wakaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

30/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Pas Johor menegaskan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor yang baharu susulan peletakan jawatan Datuk Dr Sahruddin...

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

26/11/2025
0

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal - TMJ OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd