• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Bersalin Di Restoran Makanan Segera

oleh Ahmad Albab
03/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Rancangan seorang suri rumah untuk menikmati hidangan nasi lemak di restoran makanan segera di sini malam tadi tertangguh seketika bila perutnya tiba-tiba terasa sakit.

Rupa-rupanya ini tanda pasti dia akan melahirkan.

Kebetulan seorang jururawat sebuah klinik swasta turut berada di situ, terus membantu proses kelahiran.

Nurul Haslina Abdul Halim, 27, berkata, dia berkunjung ke restoran berkenaan bersama suaminya, Mohd Lutfi Hussein, 33, untuk menikmati hidangan nasi lemak selepas membeli barang keperluan bayinya yang bakal lahir.

“Ketika sedang menghadap hidangan, perut saya rasa sakit. Saya sangka ia biasa kerana tidak ada tanda mahu bersalin namun sewaktu bangun untuk membasuh tangan, air ketuban pecah.

“Suami kemudiannya meminta bantuan kakitangan restoran bila saya tidak dapat bergerak.

“Kebetulan seorang jururawat sebuah klinik swasta turut berada di situ dan membantu proses kelahiran,” katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.

Nurul Haslina berkata, anak keduanya seberat 2.56 kilogram itu selamat dilahirkan kira-kira jam 11.20 malam sebelum dibawa ke HSAH.

“Saya sebenarnya dijangka bersalin pada 28 Okt ini,” katanya yang bercadang menamakan bayinya itu, Nor Dayana.

Pasangan dari Kulim itu yang mendirikan rumahtangga pada 2011, mempunyai seorang lagi anak lelaki, Muhammad Aqhar Mohd Lufti berusia satu tahun.

Sementara itu pengurus restoran makanan segera tersebut, Shahrizal Daud turut menziarahi Nurul Haslina di hospital berkenaan hari ini dan menyampaikan bunga serta hamper. – BERNAMA

Tags: bersalin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Sakit Hendak Bersalin Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Ke Hospital

Wanita Sakit Hendak Bersalin Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Ke Hospital

10/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Hasrat sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua berkecai apabila si ibu meninggal dunia ketika dalam perjalanan...

Padah Mahu Pulang Bersalin Di Kampung Halaman

20/05/2020
0

WANITA mengandung dari Kuala Krai yang disahkan positif Covid-19 pulang ke kampung halaman untuk bersalin anak kedua. Mangsa berusia 30-an...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd