• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surau Bergerak Mudah Umat Islam Solat Fardu

oleh
04/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Malaysia (Jawi) menerima sebuah bas yang diubah suai menjadi surau bergerak dan boleh ditempatkan ketika berlangsungnya acara-acara besar seperti ekspo atau karnival, untuk kemudahan orang ramai menunaikan solat fardu.

Surau bergerak berkenaan diserahkan oleh Bank Rakyat kepada Jawi pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Taman Ekspo Agro Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada 2 Oktober lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin yang mewakili Bank Rakyat menyerahkan replika kunci surau bergerak kepada Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya.

Paimuzi ketika dihubungi Bernama berkata kemudahan surau bergerak yang dilengkapi tempat berwuduk, pendingin hawa dan sistem audio itu mampu memuatkan sehingga 40 jemaah pada satu-satu masa serta dikendalikan oleh seorang pemandu dan dua orang kakitangan.

surau

Bagi menentukan arah kibat, kakitangan surau bergerak akan menggunakan kompas supaya pemandu boleh menyesuaikan kedudukan bas secara menegak mengikut arah kiblat.

Paimuzi berkata sumbangan itu diyakini mampu membantu menyelesaikan isu kekurangan ruang surau atau ruang solat ketika berlangsungnya program berskala besar sehingga ada yang terpaksa berebut tempat untuk menunaikan solat.

“Sumbangan ini merupakan satu inovasi yang memudahkan umat Islam menunaikan solat di samping mendidik masyarakat kepentingan menunaikan solat lima walau di mana juga mereka berada,” katanya.

Menurut Paimuzi mana-mana pihak yang berhasrat menganjurkan sebarang ekspo atau program yang melibatkan orang ramai boleh membuat tempahan bagi mendapatkan khidmat kemudahan itu.

“Hari ini merupakan simbolik sahaja, selepas ini kami akan berbincang mengenai jadual perjalanan dan waktu kegunaan perkhidmatan ini sebelum menguar-uarkan kepada umum melalui laman web rasmi Jawi.

“Namun buat masa ini bagi sebarang pertanyaan mengenai khidmat surau bergerak ini orang ramai boleh berhubung dengan Bahagian Pengurusan Masjid, Jawi,” katanya.

Paimuzi turut berharap dengan usaha Bank Rakyat ini, lebih banyak pihak akan tampil memberi sumbangan surau bergerak yang dapat memudahkan umat Islam menunaikan solat. – BERNAMA

Tags: Bank RakyatJAWIsurau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

25/12/2025
0

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki...

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd