• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soket Pernah Terbakar 15 Oktober Akibat Litar Pintas

oleh
27/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan pernah berlaku litar pintas pada satu soket di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini 15 Oktober lalu.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku 10 hari sebelum insiden wad berkenaan langsung terbakar, kelmarin dalam skala yang amat besar sehingga menyaksikan enam pesakit meninggal dunia akibat lemas terhidu asap tebal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Ibrahim Omar berkata,  pihak bomba juga sudah memaklumkan kepada pihak hospital untuk merujuk kejadian itu ke bahagian kejuruteraan bagi membuat penilaian semula.

“Berdasarkan rekod memang ada berlakunya kejadian litar pintas pada salah satu soket di wad ICU HSA pada 15 Oktober lalu namun ia adalah kebakaran kecil dan ia dipadamkan sendiri oleh kakitangan hospital berkenaan.

“Apabila pasukan bomba tiba, api tersebut sudah pun dipadamkan dan kita telah membuat penilaian semula setelah berpuas hati melihat keadaan tiada api lagi, sebelum kita memutuskan bangunan ini sah selamat,” katanya lagi.

Ibrahim menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas beliau selesai menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kebakaran di bangunan induk HSA di sini, hari ini.

“Kita sudah pun memaklumkan supaya pihak HSA segera merujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Hospital untuk tindakan selanjutnya kerana urusan penilaian semula soket sebenarnya di luar bidang kuasa bomba,” katanya.

Justeru Ibrahim menambah, selepas kejadian pada 15 Oktober lalu, pihak JBPM sudah memberi pandangan kepada pihak hospital untuk mengambil sebarang tindakan susulan bersesuaian demi mengelak insiden sama berulang.

Kebakaran besar di wad ICU HSA pada pagi Selasa lalu merupakan insiden menggemparkan terburuk melibatkan hospital di negara ini apabila enam pesakit maut sehingga menarik perhatian Sultan dan Permaisuri Johor sendiri.

Sehari selepas itu, dewan pembedahan di tingkat satu di bawah wad ICU bangunan sama mengalami kebakaran kecil juga akibat litar pintas pada soket susulan air mengalir daripada kerja pembersihan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Hospital Sultanah AminahHSAkebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

22/01/2026
0

Jitra: Enam rumah kedai di Kampung Simpang 4 Kerpan, Ayer Hitam di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. Komander Operasi...

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

27/11/2025
0

HONG KONG - Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee pada awal Khamis berkata kebakaran di Wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd