• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut Bas Rempuh Kereta Terbabas Di Slim River

oleh Ahmad Albab
24/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta di Kilometer 384 Lebuh Raya Utara Selatan, sebelum Hentian Sebelah Behrang, kira-kira 100 kilometer dari sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 5.21 pagi itu, bas terbabit yang membawa 10 penumpang sedang dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang apabila melanggar kereta Proton Wira yang melintang di tengah jalan selepas dipercayai terbabas.

Ketua Balai Bomba Slim River, Jaspian Jamaludin berkata mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu Proton Wira yang hanya dikenali sebagai Ayub manakala penumpang kereta itu, Mohd Adib Sayuti, 35, terselamat.

“Akibat gagal mengelak, bas telah merempuh kereta itu sehingga mengakibatkan pemandunya tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Tanjung Malim.

“Semua penumpang bas dan pemandu serta pembantunya dilaporkan berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan tiga kenderaan masing-masing jenis Toyota Camry, Honda City dan Mitsubishi Pajero yang berada di belakang bas sempat mengelak daripada melanggar bas serta Proton Wira itu. – BERNAMA

Tags: bas ekspreskemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd