• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sektor Kereta ‘Terkawal’ Tak Perlu Langkah Khas

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Situasi mencabar sekarang dalam sektor kereta tempatan masih ‘terkawal’ dan tidak memerlukan sebarang langkah-langkah khas untuk meningkatkan jualan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata terdahulu hari ini beliau bertemu dengan salah satu pengeluar kereta dan syarikat tersebut menyatakan jualannya turun sebanyak 10 peratus bagi tempoh separuh pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Kami berharap akan ada sedikit pertumbuhan pada akhir tahun ini kerana sektor kereta penting bagi ekonomi negara.

“Bagaimanapun, situasi sekarang terkawal dan tidak perlu ada sebarang langkah-langkah khas untuk meningkatkan jualan kereta,” katanya kepada pemberita pada acara sulung Hari MITI 2016, yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung.

Jualan keseluruhan kenderaan motor baharu pada separuh pertama tahun ini turun 14.5 peratus kepada 275,459 unit daripada 322,254 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

Mengenai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, Mustapa berkata, Malaysia komited untuk memuktamadkannya secepat mungkin dan berharap dapat mencapai kemajuan pada akhir tahun.

Beliau berkata Hari MITI 2016 yang akan diadakan setiap tahun itu bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan MITI dan agensi di bawahnya dengan orang awam bagi mengetengahkan kepentingan perkhidmatan kementerian tersebut.

Salah satu daya tarikan utama ialah ekspo pekerjaan yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida). Ia menampilkan 60 syarikat yang menawarkan 4,900 peluang pekerjaan. – BERNAMA

Tags: kereta tempatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Labu Gergasi Bakal Jadi Hidangan 1,000 Gelandangan

Next Post

Air Pasang Besar: Penduduk Kuala Muda Akur Berpindah

Related Posts

No Content Available
Next Post

Air Pasang Besar: Penduduk Kuala Muda Akur Berpindah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd