• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran 3 Juta Guna E-Caruman Menjelang Akhir Tahun

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sejumlah tiga juta akan menggunakan e-Caruman menjelang akhir tahun berbanding satu juta ketika ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Dana itu hari ini melancarkan Program Transformasi Pembayaran Carumah e-Caruman bagi menggalakkan semua majikan berdaftar supaya mengoptimumkan penggunaan kemudahan itu semasa mencarum sumbangan KWSP bulanan masing-masing.

Shahril Ridza berkata pelancaran kemudahan e-Caruman pada Januari 2013 memperoleh sambutan menggalakkan, dengan lebih 95 peratus majikan menggunakan kemudahan itu setiap bulan sehingga September 2016.

“Memandangkan mereka sudah pun selesa menggunakan kemudahan itu, kami kini menggesa mereka mempertingkatkan proses membuat pembayaran dengan menggunakan FPX yang dilengkapkan dalam sistem e-Caruman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Transformasi Pembayaran Caruman e-Caruman.

Program itu adalah usaha sama antara KWSP dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd, sebuah unit di Bank Negara Malaysia, serta operator FPX.

FPX merupakan penyelesaian pembayaran dalam talian yang mudah dan terjamin, membolehkan pendebitan masa nyata akaun perbankan Internet pelanggan pelbagai bank.

Shahril Ridza berkata integrasi dengan FPX akan membolehkan majikan membuat pembayaran secara dalam talian terus dari portal e-Caruman dan aplikasi mudah alih tanpa dikenakan caj transaksi.

Beliau berkata program itu selari dengan objektif KWSP untuk mengurangkan pergantungan kepada perkhidmatan kaunter, menyegerakan transaksi mudah alih serta meningkatkan pengalaman menyeluruh dalam urusan berkenaan.

“Sejak Januari 2017, KWSP akan memansuhkan sistem manual bagi pembayaran sumbangan oleh majikan, dan mereka digesa mula menggunakan kemudahan e-Caruman.

“Semua transaksi oleh majikan dengan KWSP hanya secara dalam talian dan tidak lagi menggunakan Borang A (sistem pembayaran manual),” katanya.

Sehingga September 2016, 414,411 majikan aktif sudah menggunakan e-Caruman bagi mengemukakan Borang A mereka secara dalam talian, membabitkan RM4.4 bilion.

Bagaimanapun, hanya 20.2 peratus atau 98,682 majikan memasukkan caruman bernilai RM1.57 bilion, secara dalam talian. – BERNAMA

Tags: KWSPPencarum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd