• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanjeevan Didakwa Buat Komen Jelik Terhadap KPN

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat komen jelik terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Facebook miliknya.

Sanjeevan, 32, yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah beberapa kali bagi pertuduhan lain, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Ahli perniagaan itu didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebooknya di pautan https://www.facebook.com/MalaysianCrimeWatchMyWatch secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya terhadap Khalid dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 1.48 tengah hari, 3 Sept lalu.

Pautan itu kemudian telah dibaca pada 5 Sept pukul 11.30 pagi di sebuah kiosk di kawasan USJ 1, Subang Jaya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Sanjeevan yang diwakili peguam S. Preakas memohon jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya sentiasa memberikan kerjasama kepada mahkamah sepanjang prosiding kes.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Nov untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Sanjeevan pada 25 Ogos lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu dengan memalsukan kelayakan akademiknya dan pada 16 Ogos lalu, Sanjeevan juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki.

Dia juga dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh, Pahang, 12 Ogos lepas atas pertuduhan memeras ugut.

Sanjeevan juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas dua pertuduhan iaitu menggaji warga asing tanpa pas dan memeras ugut pada 19 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarlaman sosialSanjeevan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Cuma Mampu Berdoa Mereka Ke Neraka Atau Mereput Dalam Penjara’

‘Cuma Mampu Berdoa Mereka Ke Neraka Atau Mereput Dalam Penjara’

23/01/2024
0

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menafikan ada terbabit dengan mana-mana skim pelaburan seperti yang...

Penahanan Sanjeevan Bawah POCA Tidak Sah, Langgar Perlembagaan

Penahanan Sanjeevan Bawah POCA Tidak Sah, Langgar Perlembagaan

28/06/2022
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati penahanan Pengerusi badan pemantau jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd