• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Beramah Mesra Dengan Orang Ramai Di Karnival Jom Heboh

oleh Ahmad Albab
01/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini meluangkan masa pada hujung minggu untuk beramah mesra dengan orang ramai di Karnival Jom Heboh 2016 di Plaza Angsana, di sini.

Ketibaan beliau di tapak karnival pada kira-kira 10.30 pagi disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Datuk Kamal Khalid.

Salleh kemudian dibawa melawat gerai yang mengambil bahagian, antaranya, gerai Proton, gerai tayangan eksklusif drama Akasia Cinta Masam Manis dan gerai Selera yang menampilkan Cef Zaidah dan pelakon Sharifah Shahorah yang secara bergilir-gilir memberikan pembelajaran memasak kepada pengunjung.

Diadakan selama dua hari bermula semalam, karnival itu dijangka menarik kira-kira 500,000 pengunjung sehingga malam ini.

Ia merupakan lanjutan kepada Karnival Jom Heboh Edisi Syukur Selalu yang berjaya menggumpul sebanyak 350,000 pengunjung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor pada Julai lepas.

Ketika ditemui pemberita, Kamal berkata pengisian baharu dalam karnival itu ialah Sesi Ramah Mesra Da’i Pendakwah Nusantara yang diadakan semalam.

Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk mendengar tazkirah ringkas daripada peserta separuh akhir Da’i musim ini, selain daripada dihiburkan dengan persembahan lagu tema Da’i iaitu Lebaran Kejayaan oleh artis Fareez dan Qody daripada program Mentor Milenia.

Pada sebelah malam Jumaat pula, pengunjung telah dipersembahkan dengan Konsert Jom Heboh oleh artis popular seperti Drama Band, Ippo Hafiz, Sandra, Ronnie Hussein, Sheila Abdul dan Aman Nassim.

Konsert itu akan bersambung lagi malam dengan artis berlainan terdiri daripada Genji Buskers, Laila’s Lounge, Pesawat, Couple dan OAG. – BERNAMA

Tags: karnivalSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bajet: MADA Mohon RM25 Juta Naik Taraf Kawasan MADA

Next Post

Tuntut Ganti Rugi, Lelaki Amuk Dalam Kedai Apple

Related Posts

“Karnival Upin & Ipin 2018”

13/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Pada setiap tahun Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. akan menganjurkan karnival kanak-kanak terbesar Malaysia, iaitu “Karnival Upin...

Karnival IKS Bantu Usahawan Daerah Kerian

13/08/2018
0

PARIT BUNTAR - Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu daerah Kerian akan menganjurkan Karnival Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)...

Next Post

Tuntut Ganti Rugi, Lelaki Amuk Dalam Kedai Apple

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd