• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU355: Tidak Salah Berunding Dengan Kerajaan Pusat

oleh AK-47
26/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tidak menjadi kesalahan untuk berunding dengan mana-mana pihak termasuk dengan kerajaan persekutuan berhubung perbentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355).

“Oleh kerana perkara ini (RUU 355) berkait dengan kepentingan bersama orang Islam, tidak menjadi kesalahan rundingan diadakan sama ada di peringkat politik, peringkat kerajaan dan pegawai.

“Sekiranya hal yang berkaitan seperti hal lebuh raya dan hal jambatan kedua Pulau Pinang boleh berunding (kerajaan) negeri dengan pusat, adakah salah kami berunding dengan kerajaan pusat?” katanya menjawab celahan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chong sebelum itu mempersoalkan kemungkinan Abdul Hadi diperalatkan kerajaan pusat dalam membolehkan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pada 26 Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul rang undang-undang berkenaan yang antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang turut melahirkan rasa dukacita apabila rang undang-undang itu mendapat maklum balas negatif termasuk daripada bukan Islam.

Jelasnya ia melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan penganut Islam dan tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam. – BERNAMA

Tags: Mahkamah SyariahPASRUU355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd