• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Di Nibong Tebal & Kepala Batas Dinaiki Air

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Lebih 30 buah rumah di Kampung Sepulau dan Kampung Balik Bukit di kawasan Simpang Ampat di sini mengalami banjir kilat tengah malam tadi selepas hujan lebat berterusan lebih lima jam sejak petang semalam.

Hujan lebat sejak pukul 5 petang itu menyebabkan berlaku limpahan air dari Sungai Junjung yang terletak berhampiran dua buah kampung berkenaan.

Kampung berkenaan ditengelami air hampir setengah meter dan kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka kerana kejadian berkenaan berlaku dengan pantas.

Tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat penempatan dan banjir kembali pulih kira-kira 4 pagi tadi.

Afiqah Azhar, 25, berkata rumah neneknya di Kampung Sepulau mula dinaiki air pada pukul 10 malam dan mereka tidak sempat menyelamatkan peralatan elektrik kerana banjir berlaku sangat cepat.

“Saya tinggal di Jawi tetapi selepas hujan lebat sejak petang, kami sekeluarga terus ke rumah nenek kerana bimbang berlaku banjir. Pada awalnya keadaan masih okey dan bila pukul 10 malam air dari sungai terus melimpah dan masuk ke dalam rumah.

“Air naik dengan cepat dan kami tidak sempat selamatkan apa-apa, Banyak peralatan elektrik yang rosak. Harap-harap hari ini tidak hujan. Bulan lepas pun rumah nenek saya naik air sebab hujan lebat juga,” katanya.

Nur Erliza Mohd Zali, 32, berkata rumah sewanya turut dinaiki air dan beliau sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibunya di Bukit Mertajam, sebelum balik semula ke rumah kira-kira pukul 5 pagi tadi selepas air surut.

“Kami balik awal pagi ini dan tengok banyak barang rosak. Nak buat macam mana rumah kami teres setingkat jadi tak dapat nak selamatkan barang-barang dengan letak di tempat lebih tinggi,” katanya ibu kepada dua anak ini.

Beliau berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan itu kerana dalam tahun ini sahaja lebih lima kali rumahnya dinaiki air jika berlaku hujan lebat.

Sekolah Menengah Agama Tasek Junjung juga turut dinaiki air hingga paras pinggang bagaimanapun tiada pelajar yang terlibat kerana mereka tiada di asrama berikutan cuti hujung minggu.

Di Kepala Batas, lima sekeluarga di Kampung Lahar Ikan Mati terpaksa dipindahkan pada pukul 9 malam tadi selepas rumah mereka dinaiki air setinggi 0.6 meter..

Keluarga Mohd Sharil Azlan Yusoff, 31, dipindahkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke pejabat APM Butterworth dan mereka dibenarkan pulang pukul 7 pagi tadi selepas air kembali surut.

Mohd Sharil Azlan berkata beliau dan isteri serta anak-anak memilih untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara di APM kerana bimbang air banjir akan terus naik berikutan hujan masih lebat semalam.

“Nasib baik, saya dan isteri cuti hari ini jadi bolehlah mengemas rumah yang penuh lumpur akibat banjir kilat semalam,” katanya.

Kampung Lahar Ikan Mati sering dilanda banjir kilat berikutan kedudukannya agak rendah selain berhampiran Sungai Lahar Endin.

Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Utara, Saiful Rizan Sanusi berkata hujan lebat pada kadar 70 milimeter sejam menyebabkan air Sungai Lahar Endin melimpah dengan cepat.

Katanya projek naik taraf jalan oleh Jabatan Kerja Raya pada masa depan akan mengambil kira masalah banjir kilat di Lahar Ikan Mati, Kampung Datuk dan kampung berhampiran. – BERNAMA

Tags: BanjirPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd