• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rolls Royce, Lamborgini Milik Datuk Seri Disita

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis merampas sebuah kereta Rolls Royce dan sebuah kereta Lamborghini Aventador bernilai RM3.4 juta milik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di sebuah pangsapuri di Jalan Raja Chulan di sini, dalam serbuan pada Isnin dan semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kereta Rolls Royce berwarna emas itu dirampas kerana dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kereta Lamborghini Aventador berwarna kuning pula mempunyai kesalahan kastam, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata rampasan kereta Rolls Royce itu dibuat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 1 tengah hari Isnin lepas.

“Kenderaan itu diparkir di kawasan parkir pangsapuri berkenaan. Seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan pemandu kereta itu turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Susulan siasatan polis, beliau berkata polis merampas kereta Lamborghini Aventador itu di lokasi sama petang semalam.

Amar Singh berkata Datuk Seri berusia 50 tahun itu, yang berasal dari Kelantan dan menjalankan perniagaan di negeri itu, kini berada di luar negara.

Semakan akan dibuat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan JPJ bagi mendapatkan pengesahan berkaitan status kedua-dua kereta itu. – BERNAMA

Tags: kereta mewahlamboghini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

08/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam,...

Proton Perdana Terbalik Dirempuh ‘Lambo’ Hilang Kawalan

08/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandu terbalik akibat dirempuh kereta mewah jenis Lamborghini yang hilang kawalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd