• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rela ‘Mengemis’ Demi Gaun Pengantin Percuma

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKUMPULAN wanita di Perth, Australia sanggup berkhemah di hadapan sebuah butik pengantin semata-mata hendak mendapatkan gaun pengantin secara percuma.

Fenomena pelik ini terjadi apabila butik pengantin Mt Hawthorn mengumumkan pemberian gaun secara percuma kepada bakal pengantin.

Difahamkan sebanyak 35 helai gaun pengantin yang berharga ribuan dolar Australia setiap satunya bakal ‘dilepaskan’ kepada pengunjung yang bertuah.

Antara salah seorang bakal pengantin yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan gaun mahal itu ialah Amanda Burgess.

Rela 'Mengemis' Demi Gaun Pengantin Percuma

Menurut Burgess kepada sebuah laman antarabangsa, dia telah berkampung di hadapan butik berkenaan sejak pukul 2 pagi lagi untuk mendapatkan gaun idaman ramai itu.

Manakala seorang lagi wanita iaitu, Anastasia Armstrong menjadi orang pertama yang ‘berkhemah’ di hadapan butik Mt Hawthorn sejak 9 Oktober lagi.

“Kami tiba di sini Ahad pukul 2.30 petang dan saya membaca buku selama beberapa jam sebelum kami keluar khemah dan mula beratur,” katanya.

Kesungguhannya membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan sehelai gaun bernilai lebih daripada 3,000 dollar Australia (RM9,462.05).

Pemilik Mt Hawthorn, Karen O’Connell berkata, idea untuk memberikan gaun secara percuma dicetuskan oleh seorang pelanggan yang datang ke butiknya.

Rela 'Mengemis' Demi Gaun Pengantin Percuma

Pelanggan itu menawarkan untuk menyumbangkan gaun perkahwinannya kepada pengantin yang memerlukan.

“Ia tiba-tiba datang dan berkata ‘ini ada gaun, saya membelinya tiga setengah tahun lalu, saya ingin menderma kembali’.

“Lalu saya menghidu status di laman Facebook dan keesokannya posting itu telah viral di laman sosial itu,” jelas O’Connell.

Dalam pada itu, O’Connell turut menegaskan bahawa tindakannnya itu bukanlah sebahagian daripada pelan pemasaran butiknya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AustraliaGAUNpengantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd