• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, March 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit HSA Pindah Ke Hospital Sultan Ismail

oleh AK-47
26/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Susulan kejadian kebakaran di di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, pagi tadi, semua pesakit sedang dalam proses untuk dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail untuk tujuan keselamatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya dalam laman Facebook hari ini berkata, pesakit dalam proses dipindahkan ke hospital berdekatan Johor Bahru terutamanya Hospital Sultan Ismail iaitu kira-kira 17 kilometer dari tempat kejadian.

Menurutnya, usaha memadamkan dan menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bagi mengawal kebakaran daripada merebak.

Pesakit HSA Pindah Ke Hospital Sultan Ismail

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat mangsa akibat kejadian ini, termasuk di kalangan pesakit dan staf; namun status dan maklumat terkini kejadian akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara ini.

“Semoga keadaan ini dapat dikawal daripada merebak dan didoakan agar pesakit dan warga HSAJB berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, wad Unit Rawatan Rapi (ICU), HSA yang terletak di tingkat dua terbakar dan menyebabkan enam pesakit maut, manakala seorang pesakit melecur 80 peratus dan tiga kakitangan hospital sesak nafas akibat menghidu asap tebal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hospital Sultanah AminahHSAkebakaranmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah

Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Titah Tunku Temenggong Johor supaya orang ramai tidak bermain mercun berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd