• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet Pembangunan Universiti Awam Naik 154 Peratus

oleh AK-47
27/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Meskipun peruntukan perbelanjaan mengurus untuk universiti awam dikurangkan dengan kadar purata 19.23 peratus dalam Bajet 2017, tetapi peruntukan untuk perbelanjaan pembangunannya meningkat sebanyak 153.97 peratus.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media berkata, peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan universiti awam seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu meningkat daripada RM671.7 juta pada tahun 2016 kepada RM1.7 bilion untuk tahun 2017.

Jelas KPT, pengurangan peruntukan pendidikan tinggi itu selaras dengan perancangan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) untuk mengurangkan kebergantungan institusi pendidikan tinggi (IPT) kepada kerajaan sehingga 90 peratus pada waktu ini.

“Perbelanjaan pembangunan ini merupakan peruntukan bagi universiti awam untuk melaksanakan projek dan program yang dapat menjana pendapatan dan kegiatan ekonomi masing-masing.

“Peruntukan kerajaan untuk program pendidikan tinggi perlu dilihat secara komprehensif di mana perbelanjaannya meliputi kedua-dua perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan mengurus,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata kenyataan itu, hasrat kerajaan adalah dengan peningkatan perbelanjaan pembangunan, maka universiti awam lebih berupaya untuk meningkatkan pendapatan masing-masing dan seterusnya mampu menampung perbelanjaan pengurusannya.

Tambah kenyataan itu, IPT di Malaysia perlu berusaha mendapatkan sumber pendapatan tambahan sebagai alternatif untuk menjadi sebuah institusi pendidikan awam yang lebih fleksibel, kukuh, dan mampan dari segi pengurusan kewangan.

“Dalam masa yang sama ianya memberi peluang yang luas kepada IPT untuk menjalinkan kerjasama dengan industri demi manfaat bersama,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bajet 2017Universiti Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian bertujuan untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat mengenai keselamatan internet, akan dilaksanakan di...

Budak Perempuan 16 Bulan Maut Tertinggal Dalam Kereta

Budak Perempuan 16 Bulan Maut Tertinggal Dalam Kereta

25/10/2023
0

KUALA NERUS: Seorang budak perempuan berusia 16 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta di sebuah universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd