• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Sukan Perlu Tampil Perjelas Isu Doping Atlet Sukma

oleh Ahmad Albab
04/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata persatuan sukan yang terlibat dengan kes doping atlet pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, Julai lepas, perlu tampil menjelaskan isu tersebut.

Khairy berkata badan induk sukan iaitu angkat berat, memanah dan tinju perlu tampil memberi penjelasan situasi kes doping yang melibatkan atlet mereka sekiranya ada tindakan selanjutnya mengenai kes tersebut.

“Pengumuman perlu dibuat oleh persatuan itu sendiri, sama ada akan membuat ujian sampel B ataupun prosiding pendengaran kes doping,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Akademi Sazali Samad di i-Tech Tower, Shaftsbury, Cyberjaya di sini hari ini.

Empat pemenang pingat pada Sukma Sarawak, disahkan gagal dalam ujian doping yang dijalankan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) dari 20 hingga 30 Julai lepas.

Dua daripada empat atlet berkenaan yang tidak dinyatakan nama adalah atlet memanah yang dikatakan mengambil bahan terlarang jenis sibutramine serta masing-masing seorang atlet angkat berat (anabolic steroids) dan tinju (diuretics).

Kesemua atlet berkenaan berdepan hukuman penggantungan empat tahun sekiranya didapati bersalah mengambil bahan terlarang tersebut selaras dengan kod Agensi Anti-Doping Dunia (Wada).

Sebelum ini, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pihaknya memberi tempoh sehingga 15 Okt ini untuk atlet berkenaan membuat pengakuan atau mencabar sampel B.

Selepas tarikh itu, MSN akan mengadakan sesi pendengaran untuk mendapatkan penjelasan daripada atlet itu sendiri sebelum menghantar laporan kepada menteri, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sukma.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata isu sembilan lelaki warga Australia yang memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) di Litar Sepang pada Ahad lepas, kini menjadi kes polis.

Polis telah menahan kesemua mereka yang berumur antara 25 dan 29 tahun kira-kira 5 petang dua hari lepas, dan direman selama empat hari bermula semalam. – BERNAMA

Tags: DopingSukma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyelam Dakwa Jumpa Bangkai Kapal Perang Jepun

Next Post

Pelajar Tajaan KPT Terima Elaun Sara Hidup Mulai Esok

Related Posts

Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula

Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula

09/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 400 sampel akan diambil Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) sebelum temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024...

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Next Post

Pelajar Tajaan KPT Terima Elaun Sara Hidup Mulai Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd