• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perairan Sabah: Risikan Kenal Pasti Pembocor Maklumat

oleh Ahmad Albab
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan risikan jika terdapat individu dalam agensi-agensi penguatkuasaan yang membocorkan maklumat sehingga berlaku pencerobohan di perairan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tindakan akan diambil terhadap pihak yang terlibat.

Menurutnya KDN sentiasa prihatin terhadap isu kedaulatan dan keselamatan negara, meskipun terdapat beberapa kekangan.

“Terdapat beberapa kekangan biarpun kita ada aset, anggota dan juga sistem maklumat tertentu. Tetapi sebagaimana yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) katakan, ada kemungkinan berlaku kebocoran maklumat,” katanya menjawab soalan tambahan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kulasegaran ingin tahu kenapa masih berlaku pencerobohan di perairan Sabah meskipun pelbagai langkah telah dilaksanakan.

Sesi MQT itu diadakan buat pertama kali pada persidangan Dewan Rakyat, dan diadakan setiap Selasa dan Khamis sebelum bermula sesi soal jawab selama 30 minit.

Ahmad Zahid berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menjaga keselamatan negara, termasuk menubuhkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) yang merangkumi gabungan pelbagai jabatan antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Selain itu, katanya kerjasama dengan beberapa negara termasuk negara jiran turut diadakan dengan langkah yang diambil antaranya mendirikan pagar di kawasan sempadan negara, bertukar maklumat dalam kalangan negara ASEAN, selain menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Ahmad Zahid berkata keselamatan lapangan terbang negara sejak 1 April lepas adalah pada tahap jingga.

“Kita telah mendapat satu tanda iaitu lapangan terbang kita berada di tahap jingga, iaitu perlu berhati-hati. Mesyuarat penyelarasan telah dilakukan untuk kesiapsiagaan di lapangan terbang,” katanya.

Shamsul Anuar dalam soalannya ingin tahu sejauh mana keselamatan negara di semua pintu sempadan dengan negara jiran dan di lapangan terbang seluruh negara, selain kemudahan terkini yang diguna pakai bagi mengesan serta mencegah berlakunya perkara tidak diingini.

Menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi dalam menyelaras semua agensi dan jabatan di pintu-pintu sempadan negara, Ahmad Zahid berkata ia telah dapat diatasi dengan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Sejak kewujudan NBOS dengan menggabungkan pelbagai kementerian, segala kekangan dapat diatasi sebaiknya dan agensi kerajaan keluar daripada kepompong silo,” katanya. – BERNAMA

Tags: EsscomSabahZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd