• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelamat Syria Menangis Dapati Bayi Masih Hidup

oleh
05/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAMSYIK – Wajahnya basah dek titisan air mata ketika merangkul seorang bayi berusia sebulan, yang menangis ketakutan dan kesakitan akibat serangan bom yang nyaris mengorbankannya.

Namun begitu, Abu Kifah, seorang pekerja penyelamat Syria tidak menyangka rakaman video yang menunjukkan dirinya menangis semasa menyelamatkan bayi bernama Maartouk, tersebar luas menjadi viral di seluruh dunia.

Malah, dia tidak menyangka rakaman eksklusif itu menyebabkan seorang penyampai berita stesen antarabangsa terkenal BBC, Kate Silverton, turut menitiskan air mata kerana tidak dapat menahan sebak kepiluan.

Apabila dimaklumkan mengenai wanita itu menangis setelah menyaksikan rakaman video berkenaan, Abu Kifah memaklumkan bahawa apa sahaja cara yang dapat menyebarkan tentang apa berlaku di Syria lebih membantunya.

“Adalah normal untuk menangis menyaksikannya sendiri dan jika itu dapat membantu negara Barat memahami suara rakyat Syria, itu sesuatu yang baik,” kata beliau yang dipetik portal berita MailOnline.

Syrian men carrying babies make their way through the rubble of destroyed buildings following a reported air strike on the rebel-held Salihin neighbourhood of the northern city of Aleppo, on September 11, 2016. Air strikes have killed dozens in rebel-held parts of Syria as the opposition considers whether to join a US-Russia truce deal due to take effect on September 12. / AFP PHOTO / AMEER ALHALBI

Abu Kifah, yang merupakan sukarelawan bersama pasukan Pertahanan Awam Syria dipuji sebagai wira setelah dia berjaya menyelamatkan bayi itu daripada serangan ganas yang disyaki dilakukan pesawat pejuang Rusia.

Serangan tersebut menyebabkan mangsa cilik berkenaan terperangkap di bawah sisa runtuhan bangunan selama dua jam sebelum ditemui penyelamat di sebuah bandar di bahagian utara Idlib pada 30 September lalu.

“Semalam saya berasa gembira – begitu emosi kerana kami berjaya menyelamatkan tiga orang: seorang ibu dan dua anak perempuannya,” kata Abu Kifah.

Meskipun lelaki tempatan yang berusia 22 tahun itu masih belum mempunyai anak, dia berkata seolah-olah “saya seumpama bapa bayi itu dan mereka seperti anak perempuan saya sendiri.”

Abu Kifah dirakam menangis teresak-esak sedang beliau mengejarkan bayi itu ke hospital menaiki sebuah ambulans, sambil merintih “Ya Allah, Ya Allah”, lapor akhbar Daily Mail.

GRAPHIC CONTENT Syrian rescue workers remove the body of a baby from the rubble of a house following a reported bomb barrel attack by Syrian government forces in the northern Syrian city of Aleppo on June 5, 2015. Three people from the same family were killed, a father, a mother and a child, according to the Syrian Observatory for Human Rights.  AFP PHOTO / AMC / ZEIN AL-RIFAI / AFP PHOTO / AMC / ZEIN AL-RIFAI AND -

Dalam pada itu seorang paramedik dilihat menyapu iodin dan pembalut pada dahi bayi berkenaan, sebelum diletakkan di atas sebuah katil hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Saya selalu sembunyi perasaan, namun semalam saya gagal. Saya seorang tabah dan serius, namun keadaan begitu buat saya terkesan. Malah sekarang saya masih menangis apabila lihat kembali rakaman video itu,” ujarnya sebak.

Ribuan kanak-kanak terbunuh dalam konflik yang sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya di Syria, sementara sekitar dua juta lagi sudah lama tidak bersekolah, lapor Daily Mail.

Abu Kifah menyelamatkan Maartouk daripada serangan berdarah yang membunuh sekurang-kurangnya enam orang, meskipun menurut sesetengah sumber jumlah kematian ialah 21 orang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Syria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

OKU Antara 50 Penagih Dadah Ditahan Di Besut

Next Post

Kawasan Carian Meliputi 60 Batu Nautika

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Next Post

Kawasan Carian Meliputi 60 Batu Nautika

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd