• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwah Elak Bercakaran, Guna Ilmu Satukan Umat

oleh Ahmad Albab
26/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pendakwah harus mengelak bercakaran sesama sendiri semata-mata untuk mempertahankan pendapat masing-masing sebaliknya menggunakan pengetahuan agama dan kebijaksanaan untuk menyatukan umat Islam.

Pendakwah yang tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia, Ustaz Nouman Ali Khan berkata kumpulan pendakwah yang bertentangan pendapat dalam menyampaikan ajaran Islam bukan perkara baharu.

“Janganlah lihat kepada umat Islam tetapi lihat pada ajaran Islam yang indah dalam mencari kebenaran,” katanya ketika menjawab soalan hadirin pada sesi ceramah beliau di Hotel Seri Malaysia di sini, malam tadi.

Ceramah kira-kira sejam oleh pendakwah dari Dallas, Amerika Syarikat itu disampaikan dalam bahasa Inggeris, diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh jurubahasa.

Nouman berada di Perlis bagi kali kedua untuk memberi ceramah bersempena Fiesta Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berakhir malam tadi.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan hadir.

Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan Mufti Perlis itu turut dihadiri kira-kira 100 orang pendakwah dari luar Perlis.

Nouman berkata badan bukan kerajaan (NGO) Islam wajar memainkan peranan menyatukan pendakwah-pendakwah yang bergerak atas pelbagai platfom.

“Hari ini agama menjadi industri dengan pasaran yang penuh dengan persaingan sengit termasuk bagi mencari pengaruh. Jadi, kita tidak boleh biarkan propaganda jahat yang anti-Islam mengambil kesempatan,” katanya.

Nouman berkata golongan elit intelektual tertarik kepada kebijaksanaan atau hikmah manakala majoriti memerlukan nasihat yang baik atau maw’izah.

“Kedua-dua golongan ini hendaklah dihadapi dengan pendekatan berbeza dan cara baik. Dakwah bukan kaku kerana setiap kumpulan ada cara penyelesaian masing-masing,” tambahnya.

Nouman turut mempersembahkan buku karangan beliau bersama Sharif Randhawa berjudul ‘Divine Speech – Exploring The Quran As Literature‘ kepada Raja Perlis dan Raja Muda Perlis pada akhir ceramahnya. – BERNAMA

Tags: Pendakwahumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Jangan Risau Minyak Naik Tak Lama – Firdaus Wong

Jangan Risau Minyak Naik Tak Lama – Firdaus Wong

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara berjenaka menyeru orang ramai tidak perlu terlalu risau dengan situasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd