• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Sungai: Kilang Haram Perlu Ditutup

oleh Ahmad Albab
08/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Operasi kilang-kilang haram di seluruh negara terutama yang terletak berhampiran rizab sungai perlu dihentikan segera bagi mengelakkan masalah pencemaran seperti yang berlaku kebelakangan ini.

Menggesa demikian, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, “Kalau boleh rizab sungai jangan lagi diguna pakai sebagai tempat kumbahan ataupun sebagai lokasi kilang”.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 (Akta FRIM) sempena sambutan ulang tahun FRIM ke-31 di sini, hari ini.

Menteri itu diminta mengulas mengenai pencemaran teruk air Sungai Semenyih berpunca daripada sisa-sisa kilang industri dari kawasan Hitech Semenyih.

Pada 23 Sept lepas, Kumpulan Air Selangor dalam satu kenyataan mengumumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup mulai 22 hingga 24 Sept berikutan masalah pencemaran itu.

Ia menyebabkan gangguan berpanjangan bekalan air daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang, dan sekali lagi loji itu terpaksa ditutup pada 4 Okt lepas berikutan masalah yang sama.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata Akta FRIM yang diwartakan pada 30 Sept lalu telah berkuat kuasa sejak 1 Okt.

Beliau berkata akta itu membolehkan FRIM mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan serta menubuhkan syarikat bagi menjana pendapatan sendiri yang bertujuan untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan dan aktiviti penyelidikan, pembangunan serta komersialisasi FRIM.

“Usaha pengkomersialan tersebut dijangka dapat membantu FRIM mengurangkan kebergantungannya kepada dana kerajaan serta mencapai ‘self-sufficiency’ dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Pada majlis itu, Wan Junaidi menyaksikan penyerahan tiga sijil Malaysia Book of Records iaitu hutan buatan manusia terbesar ditubuhkan di kawasan bekas lombong bijih timah, pokok hutan tertinggi yang ditanam manusia dan formulasi biodiesel pertama untuk pengwasapan (fogging) nyamuk Aedes kepada Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Abd Latif Mohmod.

Terdahulu, beliau melepaskan hampir 1,400 peserta Rimbathon 2016 anjuran Kelab FRIM serta Pejabat Belia dan Sukan daerah Gombak sempena Hari Sukan Negara yang disertai pelajar sekolah selain orang awam serta kakitangan FRIM. – BERNAMA

Tags: pencemaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd