• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penantian Kedah Berakhir, Julang Piala Malaysia

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kedah akhiri kemarau lapan tahun menjulang Piala Malaysia apabila menewaskan juara bertahan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.

Kejayaan tersebut menyaksikan skuad Lang Merah berjaya melunaskan dendam mereka setelah kalah 0-2 kepada Selangor pada aksi final di venue yang sama, tahun lepas.

Kemenangan itu membolehkan Kedah meraih kejuaraan Piala Malaysia buat kali kelima selepas memenangi pertandingan bola sepak berprestij tanahair itu pada 1990, 1993, 2007 dan 2008.

Pada aksi yang disaksikan hampir 80,000 penyokong itu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dengan saling mengasak ke kubu masing-masing sebaik sahaja pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob memulakan perlawanan.

Kekebalan benteng pertahanan serta ketangkasan penjaga gol kedua-dua pasukan menyaksikan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Sebaik sahaja babak kedua perlawanan dimulakan, Selangor berpeluang memecah kebuntuan pada minit ke-50 namun percubaan penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri hasil hantaran Patrick Ronaldinho Wleh, gagal menemui sasaran.

Selang seminit kemudian, pemain tengah Kedah, Mohd Rizal Mohd Ghazali menceriakan penyokong skuad Lang Merah apabila menjaringkan gol pembukaan selepas percubaannya terkena pemain Selangor, S. Veenod sebelum melantun memasuk pintu gol Selangor.

Kelekaan barisan pertahanan Kedah membawa padah apabila Ahmad Hazwan menyamakan kedudukan untuk Selangor pada minit ke-59 menerusi permainan satu dua dengan Patrick.

Kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing bagi memburu tambahan jaringan namun tidak berjaya sehingga tamat babak kedua perlawanan, sebelum aksi final berkenaan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Kejayaan Kedah itu bertambah manis selepas Mohd Rizal Mohd Ghazali dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Tunku Temenggong Kedah, Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah berkenan menyampaikan trofi Piala Malaysia kepada kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar.

Hadir sama menyaksikan perlawanan berkenaan adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. – BERNAMA

Tags: KedahPiala Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd