• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemisah Syria Lancar Serangan Besar-Besaran Di Aleppo

oleh Ahmad Albab
29/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALEPPO – Pemisah Syria melancarkan serangan besar-besaran bertujuan memecahkan kepungan di daerah dikuasai pembangkang selama beberapa bulan di Aleppo, ketika sekutu rejim Russia menangguhkan serangan udara.

Pertempuran sengit, pengeboman dan bom kereta yang menggegarkan bandar raya di utara itu meragut sekurang-kurangnya 18 anggota tentera rejim dan anggota sekutu, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), tetapi tidak dapat memberikan angka kematian dalam kalangan pemisah.

Pernah menjadi kuasa ekonomi Syria, Aleppo digegarkan dengan konflik yang bermula Mac 2011 dengan bantahan antikerajaan dan sudah membunuh lebih 300,000 orang.

Mengambil alih kawalan bandar raya itu, yang terbahagi antara timur yang dikuasai pemisah dan barat di tangan rejim Presiden Bashar al-Assad, adalah kunci menguasai utara Syria.

Serangan pada Jumaat dilancarkan lebih tiga bulan selepas timur Aleppo dikepung tentera kerajaan, yang dihuni lebih 250,000 penduduk, dan beberapa minggu selepas tentera memulakan operasi menawan semula timur bandar raya itu.

Kumpulan pemisah ‘mengumumkan permulaan peperangan memecahkan kepungan di Aleppo’, kata komander dan jurucakap kumpulan Ahrar al-Sham, Abu Yusef Muhajir.

Serangan ‘akan mengakhiri pencerobohan rejim di barat Aleppo dan memecahkan kepungan terhadap penduduk yang terperangkap,’ katanya.

Kumpulan pemberontak kini menguasai sebahagian besar kawasan kejiranan Dahiyet al-Assad, barat daya Aleppo, dengan pengecualian kawasan yang hampir dengan akademi tentera, menurut SOHR. – AFP

Tags: serangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd