• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Telco Mengaku Bersalah Gagal Penyata GST

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemilik sebuah syarikat telekomunikasi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan gagal mengemukakan penyata cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tempoh lapan bulan.

Wong Kean Yik, 35, yang juga pengarah Sun Yi Telecommunication Trading membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Tertuduh didakwa gagal mengemukakan penyata cukai GST bagi tempoh bercukai dari Mei 2015 hingga Disember 2015 sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Stesen JKDM, Bahagian GST, Wisma Kastam, No.1, Jalan Tun Abdul Razak di sini.

Kesemua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 41 (6) akta sama dan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Kean Yik dalam rayuannya memohon mahkamah menangguhkan keputusan kes itu bagi membolehkannya menyediakan wang secukupnya untuk membayar denda.

Murtazadi kemudian membenarkan permohonan Kean Yik dan menangguhkan keputusan pada 19 Oktober ini.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, S. Morgan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: GSTsyarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd