• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Penting Untuk Bantu Rakyat Johor

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pembangunan berterusan di Bandar Seri Alam di Gerbang Pembangunan Timur Iskandar Malaysia dilihat sebagai projek penting yang membolehkan Malaysia berada di kedudukan yang sama dengan negara membangun lain.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pembangunan yang dipimpin kerajaan itu bukan sahaja memenuhi keperluan dan kepuasan penduduk di sekitarnya, tetapi juga warga Johor Bahru secara keseluruhannya.

“Selain daripada projek pembangunan Iskandar Malaysia, kita juga boleh melihat perkembangan pelabuhan-pelabuhan seperti di Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas yang secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan populasi tempatan, dan ia akan memenuhi keperluan lain yang sedang dibina di Johor Bahru.

“Pembangunan Bandar Seri Alam sebagai Hab Pendidikan oleh United Malayan Land Bhd (UMLand) sebagai contoh, telah menyediakan pilihan kepada orang ramai di kawasan itu untuk menghantar anak-anak mereka di sini berbanding ke lokasi sejauh bandar Johor Bahru,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sekolah Tinggi Foon Yew di Galeri Jualan UMLand Seri Alam.

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan berkata pembinaan sekolah itu merupakan sebahagian daripada janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat pada Pilihan Raya ke-13.

“Penubuhan sekolah ini mendapat kelulusan daripada kedua-dua kerajaan persekutuan dan tempatan serta masyarakat Cina. Ini adalah bukti kukuh bagaimana Barisan Nasional (BN) sentiasa memenuhi janji yang dibuat kepada rakyat bagi membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Surat kelulusan untuk cawangan sekolah itu diserahkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Tinggi Foon Yew, Tong Sing Chuan.

Projek sekolah di tanah seluas 23.34 ekar (sembilan hektar) akan menjadi kampus ketiga di Johor dengan dua lagi di Stulang dan Kulai, dan akan ditempatkan berhampiran Sekolah Antarabangsa Excelsior dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Bandar Seri Alam.

Sekolah yang memuatkan 5,000 pelajar dengan kos pembangunan RM50 juta itu dijangka siap dalam masa tiga tahun.

Pada majlis itu, Liow turut menyampaikan sumbangan RM1 juta daripada MCA dan Persatuan Cina Johor Bahru berjumlah RM500,000.

Pembangunan ikonik UMLand Bandar Seri Alam di Gerbang Pembangunan Timur Iskandar Malaysia dikenal pasti sebagai hab pendidikan utama di bawah Pelan Pembangunan Komprehensif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Pelan itu akan turut menggabungkan lapan universiti utama dan sekolah-sekolah iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Kesihatan Sains Kesihatan Masterskill, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Seni Malaysia, Sekolah Antarabangsa Pegasus, Sekolah Antarabangsa Excelsior dan Sekolah Jepun. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong Lairakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd