• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tahfiz Hilang Di George Town Ditemui Di Taiping

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pelajar tahfiz yang hilang selepas menumpang motosikal lelaki tidak dikenali di Jambatan Pulau Pinang, pada Jumaat lepas melalui detik traumatik apabila dibawa bermalam di hotel di Taiping, Perak sebelum ditemui keesokannya.

Mohammad Muzzafar Mohammad, 11, yang masih trauma dan kebingungan dengan kejadian itu berkata dia dibawa lelaki berkenaan ke hotel tersebut dengan menaiki motosikal sebelum ditinggalkan di perhentian bas di Taiping pada malam keesokannya.

Pelajar itu menumpang motosikal tersebut selepas motosikal bapa tirinya pancit di Jambatan Pulau Pinang, pada Jumaat lepas.

“Mulanya pak cik itu kata nak hantar balik tapi lepas itu dia bawa pi (pergi) rumah dia di hotel. Saya takut…dia bawa motor sampai Taiping. Dekat hotel itu dia seorang sahaja dan tak ada orang lain. Pak cik itu tak cakap apa-apa.

“Dia letak saya dekat stesen bas lepas itu orang awam jumpa saya bawa pi balai polis,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Jelutong, di sini awal pagi ini.

Terdahulu, anggota polis yang membawa pulang Mohammad Muzaffar dari Balai Polis Taiping tiba di Balai Polis Jelutong pada pukul 1 pagi tadi sebelum menyerahkannya kepada keluarga selepas selesai mengambil keterangannya.

Mohammad Muzaffar berkata dia tidak dapat menghubungi keluarganya kerana tidak ingat nombor telefon ibunya.

Sementara itu, bapa tiri Mohammad Muzaffar, Sabri Abdul Ghani, 53, yang turut hadir di balai polis tersebut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari dan menyelamatkan anaknya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Sabri baru mengambil Mohammad Muzaffar dari sekolah tahfiz di Seberang Jaya dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini, apabila tayar belakang motosikalnya pancit.

Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang menunggang motosikal jenis Kriss warna hitam kebetulan melalui kawasan tersebut dan menawarkan diri membantu dengan menumpangkan kanak-kanak berkenaan menaiki motosikalnya.

Sabri membenarkan anak tirinya menumpang lelaki itu sambil dia mengekori mereka dan sehingga tiba di simpang masuk Jalan Haji Ahmad Nor, dia telah ketinggalan jauh dan tidak nampak lagi kelibat mereka.

Kehilangan kanak-kanak itu turut menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak kelmarin sebelum mangsa ditemui orang awam di perhentian bas di Taiping pada pukul 7 malam semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razarudin Hussin berkata mangsa akan menjalani pemeriksaan di hospital hari ini.

Razarudin berkata polis akan membawa kanak-kanak itu ke Taiping untuk mengenal pasti lokasi hotel berkenaan dan usaha mengesan lelaki yang melarikan mangsa juga giat dijalankan. – BERNAMA

Tags: budak hilangtahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Operasi NGV Di 67 Stesen Petronas Ditutup Sementara

Next Post

2 Lemas, 5 Selamat Manakala 5 Masih Hilang Bot Terbalik

Related Posts

Dua Anjing K9 Akan Bantu Pencarian Hud

Dua Anjing K9 Akan Bantu Pencarian Hud

25/02/2025
2

TANAH MERAH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga,...

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

14/08/2022
0

Kuala Lumpur : Tiga lagi suspek yang ditahan semalam, berhubung kes serangan terhadap seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di...

Next Post

2 Lemas, 5 Selamat Manakala 5 Masih Hilang Bot Terbalik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd