• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pebilik Sewa Harga Rendah Untuk Belia

oleh AK-47
13/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang mewujudkan kediaman dengan kadar sewa rendah khusus untuk golongan belia bujang berpendapatan rendah di ibu kota.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata usaha itu bertujuan membantu golongan itu menyewa bilik pada kadar rendah iaitu dari harga RM50 hingga RM80 sebulan.

“Ini untuk membantu mereka yang bekerja di hotel, restoran dan dalam semua sektor perkhidmatan industri di Kuala Lumpur di mana mereka akan mampu menyewa bilik walaupun gaji mereka rendah.

“Kami merancang untuk membina rumah berkeluasan 650 kaki persegi setiap unit dan setiap unit akan mempunyai lima bilik, tandas dan ruang makan.

“Rumah ini juga akan dilengkapi kawasan meletak motosikal dan akan dibina berdekatan stesen LRT (Transit Aliran Ringan),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan upacara pecah tanah projek Persimpangan Pantai Sentral Park, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Mohd Ikshan, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan Pengerusi IJM Corporation Berhad Tan Sri Abdul Halim Ali.

Persimpangan Pantai Sentral Park di Pantai Dalam yang merupakan laluan alternatif dengan kos pembinaan sebanyak RM52juta dijangka dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di sekitar kawasan ibu negara sehingga 30 peratus.

Tengku Adnan berkata persimpangan sejauh 2.8 kilometer itu dijangka siap pada Februari 2018 dan akan menghubungkan laluan ke Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara-Puchong dan Kerinchi Link (Lebuhraya SPRINT).

“Persimpangan ini merangkumi dua susur keluar melibatkan laluan ke Bangsar dan Kuala Lumpur; Sunway, Subang dan Kuala Lumpur manakala tiga susur masuk melibatkan laluan dari Bangsar dan Kuala Lumpur; Sunway dan Subang serta Petaling Jaya,” katanya.

Projek persimpangan baharu itu dibangunkan syarikat pemaju, Amona Development Sdn Bhd dan IJM Land Berhad yang turut membangunkan projek perumahan di situ.

Dalam pada itu, Tengku Adnan turut meminta kedua-dua pemaju tersebut menyediakan rumah mampu milik sebanyak 896 unit dengan harga RM245,000 ke bawah seunit bagi memberi peluang orang ramai memiliki kediaman di kawasan Pantai Sentral Park.

“Jumlah unit sedia ada yang berkeluasan 850 kaki persegi seunit dilihat kurang mencukupi untuk menampung permintaan yang tinggi dan kalau boleh kita mahu pemaju jual pada harga seminimum mungkin dan meningkatkan jumlah unit demi membantu rakyat yang memerlukan kediaman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd