KUALA LUMPUR – Bekas aktivis Pas Kulim, Ustaz Othman Don menegaskan kewujudan Parti Amanah Negara (PAN) merupakan satu tuntutan politik demi umat Islam negara ini.
Kata beliau, kepimpinan PAS sedia ada tidak menyakinkan menyebabkan PAN ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam bertahaluf siasiy dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Kewujudan PAN adalah satu tuntutan politik bagi umat Islam negara ini setelah PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.
“PAN perlu wujud menggantikan kelompongan yang ditinggalkan oleh Pas dalam bertahaluf siasiy bersama PKR dan DAP,” kata beliau semalam seperti dilaporkan sebuah portal berita.
Othman yang kini menyertai PAN turut menjelaskan, beliau meninggalkan PAS kerana kenyataan kepimpinan Pas sedia tidak konsisten. -Â MYNEWSHUB.CC

