• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Pahang Tidak Akan Serah Kerusi Kepada Pakatan

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Pahang tidak akan menyerahkan walau satu pun kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu kepada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan.

Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabar menegaskan, PAS akan tetap meletakkan calon walaupun Pakatan Harapan akan bertanding di kerusi itu melalui parti-parti komponennya sama ada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

“PAS Pahang menegaskan bahawa jika sekiranya Pakatan Harapan bertanding di kerusi PAS bertanding, PAS Pahang juga akan meletakkan calonnya termasuk di kerusi PKR bertanding,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Rosli mengingatkan PKR yang masih menjalin kerjasama dengan PAS di Selangor diingatkan supaya berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Harapannya supaya tidak menganggu kerusi PAS.

Beliau menegaskan keputusan PAS Pahang itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang baru-baru ini.

“Jentera PAS telah bekerja di setiap DUN PAS bertanding sejak bertahun lalu. Jika PAS menarik diri untuk memberi laluan kepada Pakatan Harapan pasti akan melemahkan jentera pilihan raya PAS,” tegasnya lagi.

Pakatan Harapan mempergunakan bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memujuk PAS supaya bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menumbangkan parti terbesar kaum Melayu tersebut.

Beberapa pemimpin PAS bagaimanapun menegaskan tiada kerjasama akan terjalin antara PAS dengan Pakatan Harapan selepas parti itu disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu.

Muhyiddin dan mentornya, Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan PPBM pada tahun ini untuk bekerjasama dengan pembangkang termasuk DAP bagi menumbangkan UMNO dalam PRU akan datang.

Kedua-dua mereka bertindak demikian selepas usaha mereka untuk menggulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dari dalam parti itu demi kepentingan peribadi masing-masing menemui jalan buntu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapanPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd