• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Mahu KPM Perteguhkan Pendidikan Sukan

oleh Ahmad Albab
08/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Kementerian Pendidikan supaya memperteguhkan pendidikan sukan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata Najib memuji kejayaan Sekolah Sukan Bukit Jalil, sekolah sukan pertama di Malaysia, dalam melahirkan atlet di negara ini.

“Beliau (Najib) memberi contoh Sekolah Sukan Bukit Jalil sebagai bukti suatu keputusan terbaik dalam mewujudkan sekolah sukan dan beliau berminat untuk melihat bagaimana kita boleh memperteguhkan pendidikan sukan.

“Kami (Kementerian Pendidikan) menggalakkan lebih banyak pelajar melibatkan diri dalam sukan. Kami akan terus memberi sokongan kepada kemajuan sukan di negara ini menerusi Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Kecergasan Kementerian Pendidikan bersempena pelancaran Hari Sukan Negara 2016 oleh Najib di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan timbalan beliau, Datuk M.Saravanan serta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Terdahulu, Najib menyertai kira-kira 17,000 peserta dari sekolah rendah dan menengah, kolej matrikulasi serta kolej latihan perguruan dalam acara berjalan kaki 1Murid, 1Sukan sejauh 4.5km.

Kamalanathan berkata program 1Pelajar, 1Sukan itu selaras dengan matlamat dan dasar kementerian untuk menggalakkan lebih banyak pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

“Kami harap ibu bapa akan menggalakkan dan menyokong penyertaan pelajar dalam sukan,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada sambutan Program Kecergasan Kementerian Pendidikan, Kamalanathan berkata Kementerian Pendidikan sentiasa menyokong segala usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam merancang dan melaksanakan segala bentuk aktiviti dan dasar yang melibatkan pembangunan belia dan sukan, khususnya di sekolah.

“Ia selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan agar pelajar di negara kita setaraf dengan negara maju lain di dunia,” katanya. – BERNAMA

Tags: P.Kamalanathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamalanathan Nafi Kuota Pelajar India ‘One-Off’ Zaman BN

20/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Maszlee Malik berhubung tawaran 2,200 tempat kepada pelajar...

1,214 Sekolah Laksana Program Dwibahasa

03/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,214 sekolah di seluruh negara memilih untuk melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) yang mengukuhkan Bahasa Inggeris berasaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd