• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Semakin Terdesak Mahu Bantuan PAS

oleh Ahmad Albab
08/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG RENGAS – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan terdesak apabila mahu bekerjasama dengan PAS bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tindakan itu jelas menunjukkan Muhyiddin mahu membalas dendam selepas digugurkan timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet, Julai tahun lepas.

“Dulu dia pemimpin UMNO yang totok, kononnya memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu serta sanggup menentang sesiapa sahaja yang menentang parti.

“Tetapi hari ini dia, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan pengkhianat besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara peringkat Parlimen Padang Rengas, di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin dalam satu majlis di Muar, Johor mendakwa mendapat komitmen daripada PAS untuk membentuk blok pembangkang baharu dalam usaha menewaskan BN pada PRU14 akan datang.

Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berkata rakyat kini semakin bijak dan tidak mudah untuk mempercayai dakwaan Muhyiddin bahawa PPBM mendapat sokongan PAS.

“Saya tidak menyalahkan PAS kerana orang yang bercakap lidah bercabang, saya percaya PAS pun tak sokong dia (Muhyiddin), kalau PAS ambil dia pun akan mendatangkan mudarat dan rakyat tidak akan percaya,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Salleh meninggalkan UMNO setelah dilantik sebagai setiausaha agung PPBM, Nazri berkata: “Beliau juga makan dedak dari Muhyiddin”.

Menurut Nazri, Shahruddin juga berada dalam keadaan terdesak kerana bimbang jika tidak dicalonkan dalam PRU14.

“Mereka yang keluar parti dan menyertai parti lain setelah menang bertanding atas tiket BN adalah pengkianat. UMNO sebagai pendekar, kita tidak tikam dari belakang dan gigit tangan orang yang beri kita makan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd