• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Sufwan Dinobat Juara Da’i Pendakwah Nusantara

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mohd Sufwan Niezal Sabri, 19 atau Niezal dinobatkan juara program Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat yang berlangsung di sini, sebentar tadi.

Pelajar Diploma Dakwah & Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang itu mengetepikan dua finalis lain iaitu Muhammad Nasrul Nizam Zamry, 20 (Nasrul) dan Mohamad Saiful Marzuki, 18 (Saiful) pada pentas Pentas Akhir program terbitan TV3.

Menerusi kejayaan itu, Niezal membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta pakej umrah, manakala dua lagi finalis masing-masing menerima saguhati wang tunai RM5,000 setiap seorang dan trofi.

Hadiah disampaikan Mursyid Da’i musim keempat, Datuk Kazim Elias.

Program itu disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sepanjang 12 minggu bersiaran, Da’i dihoskan Datuk Rosyam Nor dan pengacara bersama, Zainal Ariffin.

Program itu menyaksikan 70 peratus markah adalah daripada juri tetap profesional iaitu Datuk Dr. Izhar Arif dan Mohamad Zarifi Mohamad Daud, 20 peratus lagi diberikan murabbi Da’i musim keempat, Zul Ramli serta Dr. Robiah K.Hamzah, manakala selebihnya daripada juri awam. – BH Online

Tags: Da'i Pendakwah NusantaraDai MileniaPendakwah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tunjuk Isyarat Lucah, Siti Kasim ‘Serah Diri’ Malam Ini

Next Post

Mursyidul Am PAS Baharu Sedia Galas Tugas Penuh Amanah

Related Posts

Penularan Video Lucah Libatkan Pendakwah Ganggu Siasatan

24/09/2021
1

GOMBAK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa penularan video dan mesej lucah menerusi aplikasi Telegram yang didakwa...

Firdaus Wong Dikecam Selepas Dedah Bukti Serangan Seksual

27/09/2021
1

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa menerima kecaman daripada orang ramai selepas mendedahkan bukti daripada mangsa serangan seksual...

Next Post

Mursyidul Am PAS Baharu Sedia Galas Tugas Penuh Amanah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd