• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kantoi Sudah Kahwin – Suspek Tikam Bakal Abang Ipar

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki berumur 34 tahun ditemui mati oleh orang ramai bersama enam tikaman di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata siasatan awal mendapati mangsa Mohd Sukri Hussin ditikam oleh suspek yang juga bakal adik iparnya menggunakan pisau dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Kantoi Sudah Kahwin - Suspek Tikam Bakal Abang Ipar

“Kita mendapat maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 11.36 pagi. Melalui siasatan awal, suspek yang berumur 29 tahun hadir ke pejabat Maidam bersama keluarganya untuk menyemak status perkahwinannya yang berasal dari Kuala Terengganu.

“Setelah disemak, suspek didapati telah berkahwin. Bagaimana pun suspek mendakwa dia masih bujang kepada keluarga mangsa dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan antara suspek dan mangsa yang merupakan abang kepada bakal isteri suspek,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kantoi Sudah Kahwin - Suspek Tikam Bakal Abang Ipar

Wan Abdul Aziz berkata dalam pertengkaran itu suspek dipercayai mengeluarkan pisau sepanjang enam inci lalu menikam sebanyak enam kali terhadap mangsa yang dua darinya di leher dan dada kiri sehingga membawa kematian kepada mangsa.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta dengan bantuan seorang rakannya. Suspek turut mengacu kepada pengawal keselamatan yang menjaga pagar utama pejabat Maidam dengan menggunakan pisau yang sama.

“Polis kini sedang melancarkan gerakan memburu suspek dan dua lagi rakannya dengan melakukan Ops Tutup dan kita percaya suspek dan rakan subahatnya masih berada dalam negeri ini,” katanya.

Katanya pihaknya turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek dan rakan-rakannya.

Kantoi Sudah Kahwin - Suspek Tikam Bakal Abang Ipar

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu pengawal keselamatan tersebut Mohd Suffian Yusof, 23, berkata dia sedang menutup palang pagar utama apabila suspek tiba-tiba datang sambil mengacukan pisau dan berkata: “Saya tak nak kacau orang.

“Suspek kemudian membuka sendiri palang dan terus memecut keretanya. Saya sebelum itu tidak tahu telah berlaku kes bunuh. Saya ingatkan ada kes curi kereta,” katanya. – BERNAMA

Tags: mauttikam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd