• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Ada 40% Tiket Bersempena Deepavali – KTMB

oleh Ahmad Albab
24/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warga kota yang ingin pulang ke kampung bersempena sambutan Deepavali menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) masih berpeluang bagi perjalanan 28 hingga 31 Okt ini.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Leftenan Kolonel (B) Datuk Sarbini Tijan berkata daripada sasaran lebih 50,000 tiket yang disediakan untuk tempoh berkenaan, masih terdapat kekosongan tempat duduk.

“Masih ada kira-kira 40 peratus tempat duduk bagi perjalanan Padang Besar ke Gemas dan KL Sentral ke Butterworth.

“KTMB menyediakan kira-kira 12,000 tiket sehari dan tiket tambahan 1,280 sepanjang tempoh tersebut dan pengguna masih boleh mendapatkan tiket di kaunter KTMB,” katanya pada majlis perasmian Tatarias, Sajian Makanan dan Tren Tambahan ETS bersempena perayaan Deepavali di sini, hari ini.

Sarbini berkata empat perkhidmatan ETS tambahan yang dijadualkan beroperasi bagi tempoh empat hari itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 44 perjalanan sehari bagi menampung permintaan bersempena musim perayaan itu.

Beliau bagaimanapun menasihati orang ramai agar mendapatkan tiket lebih awal dan bukan di saat akhir.

Terdahulu, KTMB memperkenalkan menu promosi khas bagi perkhidmatan ETS bersempena Deepavali bermula 17 Okt sehingga 5 Nov antaranya masala vadai, masala tosai, nasi briyani ayam dan muruku yang akan dihidangkan atas daun pisang.

Turut hadir pada majlis itu Penasihat Kementerian Pengangkutan Tan Sri M. Kayveas dan Pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad. – BERNAMA

Tags: DeepavaliKTMB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd