• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sertai 16 Negara Sekat Pelan PBB Iktiraf LGBT

oleh
13/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Malaysia menyertai kumpulan 17 buah negara menolak usaha terbaharu Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Kumpulan diterajui Belarus itu berjaya menyekat pelan oleh beberapa negara untuk memasukkan amalan terkutuk tinggalan kaum Nabi Luth AS tersebut ke dalam strategi Agenda Urban Baharu yang dirangka pihak PBB.

Selain wakil dari Malaysia, kumpulan anti-LGBT berkenaan turut disertai pihak Arab Saudi, Bangladesh, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Iran, Mesir, Nigeria, Pakistan, Qatar, Rusia, Somalia dan Zimbabwe.

Manakala Kanada disokong Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan Mexico aktif memperjuangkan usaha mengiktiraf kelompok laknat LGBT untuk dimuktamadkan pada persidangan Habitat III Ecuador minggu depan.

Tindakan kumpulan 17 negara itu mengakibatkan PBB hanya memasukkan draf dokumen strategi kehidupan perbandaran mapan global pada masa depan untuk 20 tahun berikutnya sebagai perlu ‘mesra kepada ahli keluarga’.

Pengiktirafan terhadap pengamal LGBT yang diusahakan PBB jika berjaya dilaksanakan bakal menghancurkan institusi keluarga di seluruh dunia sementelahan 76 negara termasuk Malaysia mengharamkan amalan songsang itu.

Malaysia Sertai 16 Negara Sekat Pelan PBB Iktiraf LGBT

Rundingan untuk ‘membuang’ terma golongan LGBT dalam masyarakat sebenarnya sudah diadakan beberapa bulan lalu di seluruh dunia sebelum berlangsung persidangan kemuncak Habitat III yang disertai 30,000 anggota delegasi.

Beberapa siri mesyuarat antarabangsa pernah diadakan di New York, AS pada Ogos lalu dan Surabaya, Indonesia pada bulan sebelumnya yang terpaksa dikawal ketat akibat bimbang ancaman daripada kumpulan anti-LGBT.

Jurucakap kerajaan Kanada, Josh Bueckert kesal usaha keras memperjuangkan amalam terkutuk kaum Sodom itu untuk mendapat pengiktirafan rasmi global menerusi pelbagai siri rundingan akhirnya menemui kegagalan.

“Malangnya komuniti LGBT dikeluarkan dokumen PBB sebaliknya pelan tindakan cuma meliputi hak wanita, orang kelainan upaya, etnik pribumi, gelandangan, setinggan dan pelarian,” katanya kepada agensi berita Reuters.

Dalam pada itu, delegasi Belarus yang mewakili kumpulan 17 negara menekankan kepentingan amalan keluarga sihat menerusi Agenda Pembangunan Pasca 2015 PBB untuk lebih dipertahankan dan dipromosikan semua pihak.

Bagaimanapun, ramai peserta persidangan melihat campur tangan Rusia di belakang Belarus pada saat akhir menjadi punca utama usul bagi pengktirafan LGBT berjaya digagalkan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: LGBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

29/11/2025
0

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, Guru Serta Pegawai Beberapa Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan Aktiviti Jantan Dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd