• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lohan Pakai Tudung, Cetus Tanda Tanya Peminat

oleh AK-47
16/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Bintang Hollywood, Lindsay Lohan yang sering terpalit dengan kontroversi masalah tingkah laku dan alkohol sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya apabila memuat naik gambar memakai hijab.

Menerusi Instagram peribadinya, penyanyi dan pelakon ini dilihat mengenakan maxi dress dan tudung corak bunga-bunga disamping seorang wanita ketika berkunjung di sebuah kem pelarian di Gaziantep, Turki.

Lohan Pakai Tudung, Cetus Tanda Tanya Peminat

Bersama foto yang menjadi teka -teki itu, Lohan membuat kapsyen berbunyi; “Saya bertemu seorang pekerja bantuan (Azize) di Kem Pelarian di Antep. Apabila saya memuji kecantikan tudung yang dipakainya, dia melambai ke arah saya dan mengatakan ‘Mari ikut saya’. Saya pun pergi ke arahnya dan dia menghadiahkan tudung ini kepada saya. Saya amat terharu dan tersentuh dengan hadiah ini maka saya memakainya sebagai tanda penghargaan atas sikap murah hati dan kasih sayang yang saya terima daripada semua orang di kem tersebut. Terima kasih.”

Lohan Pakai Tudung, Cetus Tanda Tanya Peminat

Terdahulu, Lohan pernah mengejutkan netizen apabila dilihat membawa Al-Quran.

Pelakon wanita yang pernah membintangi filem I Know Who Killed Me dan Mean Girls itu mengakui sedang membaca kitab suci tanpa menyembunyikan apa-apa.

Malah menerusi kata-kata Lohan kepada sebuah laman antarabangsa, dia akui sedang mengenali Islam kerana rasa ingin tahu dan bersikap terbuka untuk mendalami kepercayaan lain.

“Saya seorang yang kuat beragama bagi seorang penganut Katolik, namun terbuka untuk mendalami kepercayaan lain,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berhijablindsay lohan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nor ‘Phoenix’ Diana Pencetus Wanita Berhijab Terlibat Gusti

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Begitulah perumpamaan untuk menggambarkan kejayaan seorang...

4 Gadis Berhijab Memukau Di Asia’s Got Talent

08/03/2019
0

ASIA'S Got Talent adalah sebuah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta di rantau Asia. Mereka perlu membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd